Page 264 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 264

Ayat Majmuk Campuran
                   • Tiada bukti yang menunjukkan bahawa mandi malam akan mengakibatkan paru-paru berair.
                   • Kebiasaannya, ruang antara tulang lumbar ketiga dan keempat, atau keempat dan kelima
                    akan dicucuk untuk mengambil cecair yang mengelilingi saraf tunjang.
                   • Prosedur yang dinamakan tusuk lumbar (lumbar puncture) ini adalah selamat kerana
                    dilakukan oleh pegawai perubatan yang terlatih.
                   • Sangat penting pengambilan air tulang belakang untuk memberikan maklumat tertentu
                    tentang pesakit terutamanya yang melibatkan penyakit saraf.
                   • Tambahan pula, pelbagai medium telah digunakan untuk mempromosikan produk
                    tersebut termasuk radio, televisyen, dan media sosial.
                   • Hal ini dikatakan demikian kerana banyak makanan tambahan yang tidak diuji secara
                    menyeluruh dari segi keselamatannya.
                   • Parasetamol ialah sebatian yang digunakan sebagai ubat untuk mengurangkan kesakitan
                    seperti sakit kepala dan sakit gigi, serta menurunkan suhu badan.
                   • Memang ada yang berfahaman bahawa parasetamol tidak larut di dalam badan.
                   • Sebenarnya, parasetamol hanya kekal di dalam badan selama beberapa jam sahaja dan
                    diuraikan oleh hati, sebelum disingkirkan melalui air kencing.


                                         TEMA 15: ANGIN PERUBAHAN MEMBADAI
                   Halaman 212 – 213 (Soalan 2)
                   Jenis Ayat
                                                1.  Lalu lintas terkawal, kapten!
                                                2.  Panggilan kecemasan sifar, kapten!
                                                3.  Sistem komputer dan komunikasi G-5AT lancar, kapten!
                                                4.  Pergerakan kecemasan dikesan di stesen minyak di
                                                   kawasan Plaza Tol Sungai Besi, lebuh raya Utara-Selatan
                                                   ke arah selatan.
                                                5.  Maklumat tepat - kilometer 299 arah Selatan di antara
                                                   persimpangan Kajang dengan Bangi.
                                                6.  Siap, kapten!
                   Ayat Penyata                 7.  Kapten, panggilan kecemasan diterima!
                                                8.  Ada rompakan bersenjata di Stesen Minyak Pro-X!
                                                9.  Pasukan peronda yang terhampir sudah pun bertindak,
                                                   kapten!
                                                10. Penggodam telah ditangkap dan disoal siasat.
                                                11. Nasib baik Rob-My1 cepat mengesan kerja jahat
                                                   mereka.
                                                12. Kapten, panggilan kecemasan diterima dari Kedah!
                                                13. Dua orang remaja yang mendaki Gunung Jerai
                                                   dilaporkan tidak dapat dikesan.











                242
   259   260   261   262   263   264   265   266   267   268   269