Page 88 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 88

Maju dalam Industri Mutakhir





                              1.  Berdasarkan bahan, analisis dan senaraikan isi-isi penting karangan
                                 tentang kepentingan industri 4.0.
                              2.  Tulis kerangka karangan berdasarkan isi-isi penting yang telah anda
                                 senaraikan.
                              3.  Bayangkan dan ceritakan kehidupan manusia yang sangat bergantung
                                 pada robot.

             TEMA 5
                                                Revolusi Industri


                   Pengasas Forum Ekonomi Dunia, Klaus Schwab dalam bukunya The Fourth Industrial
             Memacu Produktiviti  superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik, dan
                   Revolution menjelaskan bahawa revolusi industri 4.0 ini ditandai dengan kemunculan
                   perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimumkan
                   fungsi otak. Dalam erti kata lain, hidup manusia akan dipermudah dengan bantuan robot
                   yang bakal menjadi “kawan” yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian manusia.
                      Melalui kemajuan dalam revolusi industri 4.0, pesanan piza yang kita lakukan melalui
                   telefon akan dihantar dengan menggunakan perkhidmatan dron sampai di depan pintu
                   rumah. Selain itu, segala urusan rumah seperti mencuci baju, memberikan makanan kepada
                   haiwan kesayangan, dan mematikan alat pendingin hawa hanya perlu dilakukan dengan
                   menekan butang di telefon pintar masing-masing. Kita tidak perlu lagi bersusah payah untuk
                   mengambil perkhidmatan pembantu rumah.
                      Untuk ke pejabat pula, kita tidak perlu lagi memandu kereta kerana segala urusan
                   pemanduan akan dikawal sepenuhnya melalui satelit ke tempat yang ingin dituju
                   dengan selamatnya.
                      Senario tersebut secara perlahan-lahan telah mula berkembang dan berevolusi menjadi
                   satu bentuk norma yang biasa pada masa akan datang. Melalui industri 4.0 ini, segala urusan
                   harian manusia akan dikongsi dengan robot yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan
                   keperluan dan keselesaan manusia. Banyak aplikasi yang digunakan telah pun kita nikmati.
                   Sebagai contoh, penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps membantu
                   pemandu dengan memberikan arahan dan maklumat laluan serta perjalanan.
                      Revolusi industri 4.0 memerlukan
                   s em ua pih ak men g ad a ptas i             Panduan menulis kerangka penulisan
                   kehidupan harian seiring dengan              adalah seperti yang berikut:
                   pembangunan pesat dalam produk                1.  Tentukan  skop  kerangka  penulisan  yang
                   berteknologi dan sistem automasi                hendak disediakan.
                   lebih pintar. Malaysia antara negara          2.  Baca bahan yang disediakan dengan telitinya.
                                                                 3.  Analisis dan pilih isi yang sesuai dengan skop
                   yang bergerak ke hadapan dalam                  kerangka penulisan.
                   perkembangan  ini. Langkah proaktif           4.  Susun isi yang telah dipilih.
                   perlu diambil kerana beberapa buah            5.  Tulis kerangka penulisan dalam bentuk yang
                   negara seperti Jepun telah mengorak             sesuai dengan isi yang dipilih.
                   langkah ke arah industri 5.0.                Kerangka  penulisan  boleh  disediakan  dalam
                                                                bentuk peta pemikiran, carta alir,  dan sebagainya.

                 66                                                                                                                                                                                                   67
   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92   93