Page 85 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 85

Kurang lengkap kunjungan
                                      seseorang  pelancong  yang  bertandang
                             Ikon Pelancongan Bumi Kenyalang
                                  ke Sarawak jika tidak membawa pulang kek lapis
                                Sarawak. Juadah ini menjadi pilihan pelancong sebagai
                              cenderamata untuk diberikan kepada sanak saudara dan                                TEMA 5
                            sahabat handai. Oleh yang demikian, kek lapis Sarawak mendapat
                           permintaan yang tinggi bukan sahaja pada hari perayaan, malahan
                          pada hari biasa. Pada masa ini, kek lapis Sarawak telah menjadi
                         sebahagian daripada ikon pelancongan Bumi Kenyalang.
                           Permintaan yang tinggi ini menjadikan pembuatan kek lapis ini sebagai
                        satu industri besar di Sarawak, khususnya yang diusahakan oleh golongan
                        wanita. Masyarakat tempatan mengambil peluang perniagaan dalam                            Memacu Produktiviti
                        penghasilan kek lapis apabila menyedari potensinya yang memberikan
                        pulangan lumayan. Perusahaan ini juga mendapat perhatian daripada
                         kerajaan negeri Sarawak yang memberikan bantuan modal kepada
                          pengusaha yang berminat untuk mengusahakannya.
                             Pengusaha kek lapis Sarawak mestilah menghasilkan produk
                            yang memenuhi piawaian dari segi kualiti, pembungkusan, dan
                              pelabelan untuk menarik minat pelanggan. Pembuatan dan
                                penghasilan kek lapis berperanan penting kepada sektor
                                  pelancongan kerana produk ini sinonim dengan
                                     imej negeri Sarawak.






























                         3.3.1 Menulis dan melengkapkan maklumat dalam pelbagai bahan mengikut situasi dan keperluan.
 62                                                                                                       63
   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89   90