Page 84 - Bahasa_Melayu_Tingkatan_4
P. 84

Kek Aneka Rona





                              1.   Berdasarkan bahan dan pelbagai bahan rujukan, lengkapkan maklumat
                                 tentang kek lapis Sarawak.
                              2.  Bincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk memajukan
                                 industri kek lapis Sarawak.

             TEMA 5                   Kek Lapis Sarawak


                          Kek lapis Sarawak ialah sejenis pemanis mulut yang istimewa
                           di negeri Sarawak. Kek ini selalu dihidangkan dalam perayaan
                           seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Gawai Dayak, Tahun Baharu Cina,
             Memacu Produktiviti  dan Krismas. Kek lapis Sarawak juga menjadi hidangan dalam majlis
                            hari lahir dan perkahwinan. Selain itu, kek lapis juga dijadikan
                            hantaran pertunangan atau hadiah buat insan istimewa.
                               Kek lapis Sarawak boleh dibahagikan kepada dua kategori, iaitu
                             kek dengan lapisan biasa dan kek dengan corak, motif, atau bentuk
                             tertentu. Kek lapis Sarawak mempunyai sekurang-kurangnya dua
                             warna. Kek lapis ini dibakar di dalam ketuhar. Kek ini dilapisi jem
                              atau bahan manis. Bagi sesetengah kek lapis, acuan khas digunakan


                              bagi menghasilkan corak kek lapis yang lebih unik.
                                 Kelebihan utama kek lapis Sarawak ialah motif dan coraknya
                               yang unik serta digabungkan dengan keenakan rasa, di samping
                               teksturnya yang lembap tetapi pejal. Pembuat kek lapis Sarawak juga
                                telah melakukan pelbagai inovasi dari segi rasa dan rupa agar kek ini
                                terus mendapat sambutan daripada pelanggan. Namun demikian,
                                hanya mereka yang mempunyai kesabaran dan daya kreativiti yang
                                 tinggi mampu menghasilkan corak kek lapis yang unik serta menarik.
                                    Industri kek lapis Sarawak mampu berkembang dengan
                                 pesatnya. Badan kerajaan seperti Institut Penyelidikan dan
                                  Kemajuan Pertanian Malaysia yang juga dikenali sebagai Malaysian
                                  Agricultural Research and Development Institute (MARDI) bersedia
                                  untuk membantu usahawan yang berminat. Misalnya, MARDI
                                      telah menghasilkan mesin yang berfungsi untuk menggantikan
                                           tenaga kerja manusia bagi meningkatkan pengeluaran kek



                                                lapis Sarawak.











                 62                                                                                                                                                                                                   63
   79   80   81   82   83   84   85   86   87   88   89