Page 146 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 146

Aktiviti 4.6                                                     Pemikiran Logik


               Tujuan: Membanding dan membincangkan:
                      • haba pendam tentu pelakuran ais dan lilin
                      • haba pendam tentu pengewapan air dan minyak
               Arahan:
               1.  Jalankan aktiviti ini dalam bentuk Think-Pair-Share.
               2.  Teliti maklumat yang diberi dalam Jadual 4.5.
                                                     Jadual 4.5

                                                     Haba pendam                    Haba pendam
                              Fasa pada  Takat lebur /               Takat didih /
                   Bahan                            tentu pelakuran,              tentu pengewapan,
                              suhu bilik    °C                           °C
                                                        l  / J kg −1                   l  / J kg –1
                                                        f                              v
                Lilin        Pepejal    46 hingga 68 1.45 × 10  hingga    –               –
                                                            5
                                                       2.10 × 10 5
                Plumbum      Pepejal        327        0.25 × 10 5      1 750         8.59 × 10 5
                Kuprum       Pepejal       1 083       2.07 × 10 5      2 566         47.3 × 10 5

                Ais          Pepejal         0         3.34 × 10 5        –               –

                Air          Cecair          –             –             100          22.6 × 10 5
                Minyak petrol  Cecair        –             –         35 hingga 200    3.49 × 10 5

                Minyak diesel  Cecair        –             –        180 hingga 360    2.56 × 10 5

                Minyak zaitun Cecair         6         2.67 × 10 5        –               –
                Etanol       Cecair        −114        1.04 × 10 5       78           8.55 × 10 5

                Oksigen      Gas           −219        0.14 × 10 5      −183          2.13 × 10 5

                Nitrogen     Gas           −210        0.26 × 10 5      −196          2.00 × 10 5

               3.  Berdasarkan maklumat dalam Jadual 4.5, bincangkan
                  soalan-soalan berikut:
                  (a)  Bandingkan haba pendam tentu pelakuran bagi ais
                      dan lilin. Seterusnya, nyatakan perbezaan antara ais   Nota:
                      dengan lilin dari segi kekuatan ikatan antara molekul.  Minyak petrol dan diesel
                  (b)  Bandingkan haba pendam tentu pengewapan bagi        merupakan hidrokarbon
                      air dan minyak petrol. Kemudian, nyatakan perbezaan   yang mempunyai takat
                      antara air dengan minyak petrol dari segi kekuatan   didih yang berbeza.
                      ikatan antara molekul dan jarak pemisahan di antara
                      molekul dalam fasa gas.
                  (c)  Bagi satu bahan yang tertentu, mengapakah haba pendam tentu pengewapan lebih
                      besar daripada haba pendam tentu pelakuran?
               4.  Persembahkan hasil perbincangan anda dalam bentuk grafik.


               140                                                                             4.3.2
   141   142   143   144   145   146   147   148   149   150   151