Page 151 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 151
Bab 4
Haba
Aplikasi Haba Pendam Tentu dalam Kehidupan Harian
Sistem penyejukan dalam peti sejuk
Peti sejuk menggunakan kesan penyejukan daripada penyejatan cecair. Semasa peredaran agen
penyejuk dalam sistem penyejukan, haba diserap daripada bahagian dalam peti sejuk dan kemudian
haba dibebaskan ke persekitaran luar.
Agen penyejuk Injap pengembang Dalam penyejat,
(cecair) mengalir agen penyejuk
melalui injap 3 4 (cecair) menyejat
pengembang. dan menyerap haba
pendam daripada
udara di dalam
Dalam kondenser, Penyejat peti sejuk.
agen penyejuk (gas) Haba
diserap
membebaskan haba
Kondenser
pendam semasa
proses kondensasi. 2 5 Agen penyejuk (gas)
mengalir keluar
Haba daripada penyejat
dibebaskan
ke pemampat.
Pemampat
memampatkan
agen penyejuk Pemampat
(gas) untuk
menambah tekanan 1
dan suhunya.
Rajah 4.21 Sistem penyejukan dalam peti sejuk
Penyejatan peluh
Kita akan berpeluh pada hari yang panas
atau semasa melakukan kerja yang berat.
Basahkan tangan kanan anda.
Apabila peluh itu tersejat, haba akan
Letakkan tangan kanan yang
diserap daripada badan. Hal ini membawa
basah dan tangan kiri yang
kesan penyejukan kepada badan. Kadar kering di hadapan kipas meja.
penyejatan boleh meningkat dengan Apakah perbezaan yang boleh
adanya aliran udara. anda rasa pada tangan kanan
dan tangan kiri?
4.3.4 145

