Page 148 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 148

Analisis data:
               Hitungkan haba pendam tentu pelakuran ais dengan menggunakan rumus, l =    Pt  .
                                                                                       (m – m )
                                                                                             2
                                                                                         1
               Kesimpulan:
               Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?
                B   Haba pendam tentu pengewapan air, l v
               Radas:  Pemanas rendam berkuasa tinggi (500 W), bekalan kuasa, bikar, neraca elektronik
                      dan jam randik
               Bahan: Air dan kertas tisu
                                                                                ke bekalan kuasa
               Prosedur:
               1.  Sediakan susunan radas seperti yang
                  ditunjukkan dalam Rajah 4.17.                                     Pemanas rendam
               2.  Hidupkan pemanas rendam dan tunggu                               Bikar
                  sehingga air mendidih.
                                                                                    Kertas tisu
               3.  Apabila air mendidih, mulakan jam randik
                  dan pada masa yang sama, rekodkan                                 Air
                  bacaan neraca elektronik, m .
                                            1
               4.  Selepas masa, t = 5 minit, rekodkan
                                                               ON
                  bacaan neraca elektronik, m .
                                            2                  OFF                     Neraca elektronik
               5.  Matikan pemanas rendam dan rekodkan
                  kuasa pemanas, P.
                                                                           Rajah 4.17
               Keputusan:
                                                     Jadual 4.7
                             Bacaan awal neraca elektronik, m  / kg
                                                       1
                             Bacaan akhir neraca elektronik, m  / kg
                                                        2
                             Masa yang diambil, t / s
                             Kuasa pemanas, P / W

               Analisis data:
                                                                                            Pt
               Hitungkan haba pendam tentu pengewapan air dengan menggunakan rumus, l =          .
                                                                                          (m – m )
                                                                                                2
                                                                                            1
               Kesimpulan:
               Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?
               Sediakan laporan yang lengkap bagi eksperimen ini.
               Perbincangan:
               1.  Mengapakah satu set kawalan perlu disediakan bagi eksperimen A dan tidak perlu untuk
                  eksperimen B?
                                                                              –1
                                                                         5
               2.  Diberi nilai haba pendam tentu pelakuran ais ialah 3.34 × 10  J kg . Bandingkan nilai
                  haba pendam tentu pelakuran ais yang diperoleh daripada eksperimen A dengan nilai
                  yang diberi. Bincangkan perbezaan antara dua nilai tersebut (jika ada).
                                                                            6
                                                                                 –1
               3.  Diberi nilai haba pendam tentu pengewapan air ialah 2.26 × 10  J kg . Bandingkan nilai
                  haba pendam tentu pengewapan air yang diperoleh daripada eksperimen B dengan nilai
                  yang diberi. Bincangkan perbezaan antara dua nilai tersebut (jika ada).
               4.  Cadangkan langkah-langkah untuk meningkatkan kejituan keputusan eksperimen ini.
               142                                                                             4.3.3
   143   144   145   146   147   148   149   150   151   152   153