Page 160 - Fizik Tingkatan 4 KSSM
P. 160

2.  Panaskan air dengan perlahan dan kacau air itu secara berterusan sehingga suhu air itu
                  mencapai 30°C.
               3.  Ambil bacaan panjang turus udara, L dalam tiub kapilari itu. Rekodkan bacaan dalam
                  Jadual 4.11.
               4.  Ulangi langkah 2 dan 3 dengan suhu 40°C, 50°C, 60°C, 70°C dan 80°C.
               5.  Rekodkan semua bacaan panjang turus udara, L dalam Jadual 4.11.
               Keputusan:
                                                    Jadual 4.11

                                  Suhu, θ / °C        Panjang turus udara, L / cm


                                      30

                                      40


                                      50


                                      60

                                      70


                                      80

               Analisis data:
               1.  Plotkan graf panjang turus udara, L melawan suhu, θ. Paksi-θ hendaklah meliputi
                  julat 0°C hingga 100°C.
               2.  Ekstrapolasi graf L melawan θ sehingga θ = 0°C.
               3.  Plotkan semula graf L melawan θ dengan paksi-θ meliputi julat –300°C hingga 100°C.
               4.  Ekstrapolasi graf L melawan θ sehingga L = 0 cm.
               Kesimpulan:
               Apakah kesimpulan yang dapat dibuat daripada eksperimen ini?
               Sediakan laporan yang lengkap bagi eksperimen ini.
               Perbincangan:
               1.  Mengapakah air perlu sentiasa dikacau semasa dipanaskan?
               2.  Apakah andaian yang perlu dibuat supaya panjang turus udara yang terperangkap di
                  dalam tiub kapilari boleh mewakili isi padu udara tersebut?
                  [Petunjuk: Isi padu turus udara, V = panjang turus udara, L × luas keratan rentas tiub
                  kapilari, A]

                  Isi padu gas bertambah apabila suhu gas itu dinaikkan. Pada suhu 0°C, udara yang
              terperangkap di dalam tiub kapilari masih mempunyai suatu isi padu yang tertentu. Hal ini
              menunjukkan bahawa pada suhu 0°C, molekul gas masih bergerak dan memenuhi ruang bekas.

               154                                                                             4.4.3
   155   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165