Page 161 - Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM
P. 161
Leonardo Bonacci atau dikenali sebagai
Fibonacci ialah seorang ahli matematik
tersohor di Itali ketika abad ke-13. Beliau telah
menemukan suatu konsep bahawa nisbah
jarak antara hujung hidung ke hujung dagu
dan dari bibir ke hujung dagu memberikan
satu nilai yang dikenali sebagai Nisbah Emas
(The Golden Ratio). Nisbah bacaan boleh
diukur dan diwakilkan melalui graf garis lurus
yang melibatkan dua pemboleh ubah.
Untuk maklumat lanjut:
bit.ly/2XTmfdd
SIGNIFIKAN BAB INI
Bagi menghubungkan dua pemboleh ubah, garis
lurus dapat membantu kita untuk mendapatkan
nilai suatu pemalar. Apabila suatu garis dilukis
hasil daripada suatu eksperimen, data yang
diperoleh kadangkala tidak menghasilkan garis
lurus yang sempurna. Oleh itu, data tersebut
akan diwakilkan dengan garis lurus
penyuaian terbaik.
String art merupakan sejenis seni yang
menggunakan benang atau tali untuk
membentuk corak geometri. String art Imbas kod QR ini untuk
mengaplikasikan penggunaan garis lurus menonton video cara
untuk membentuk corak yang bukan membuat string art.
berbentuk garis lurus.
bit.ly/2TWUXAY
153

