Page 98 - Matematik Tambahan Tingkatan 4 KSSM
P. 98
4.1 Hukum Indeks
Inkuiri 1 Berpasangan PAK-21
Tujuan: Mengimbas hukum-hukum indeks kembali
Arahan:
1. Imbas kod QR atau layari pautan di sebelah.
2. Teliti senarai ungkapan algebra yang disediakan. Gunting bit.ly/2UHv7pk
semua bentuk dan lekatkan pada jadual untuk membentuk
hukum indeks.
3. Tulis satu contoh hukum indeks menggunakan perwakilan ungkapan algebra seperti
dalam jadual berikut.
Hukum indeks Contoh
BAB 4 a × a n = a m + n t × t = t 2 + 3 = t 5
m
3
2
4. Pamerkan hasil kerja anda dan rakan sepasangan anda.
5. Anda dan rakan sepasangan akan bergerak untuk melihat hasil kerja pasangan yang lain.
Mempermudahkan ungkapan algebra yang melibatkan indeks
n
Anda telah mempelajari bahawa a ialah indeks dengan a ialah asas dan n ialah indeks.
Bagaimanakah suatu ungkapan algebra yang melibatkan indeks dapat dipermudahkan dengan
menggunakan hukum indeks? Mari kita teroka.
Inkuiri 2 Individu
Tujuan: Mempermudahkan ungkapan algebra yang
melibatkan indeks
Arahan:
1. Senaraikan hukum indeks yang telah anda pelajari.
2. Imbas kod QR atau layari pautan di sebelah. ggbm.at/ernfqrga
3. Dengan menggunakan hukum indeks yang telah anda senaraikan, permudahkan setiap
ungkapan algebra yang diberi.
4. Klik butang “Semak jawapan” untuk menyemak jawapan anda.
5. Bincangkan cara untuk anda memperoleh jawapan dengan rakan yang lain.
Hasil daripada Inkuiri 2, dapat dirumuskan bahawa:
Suatu ungkapan algebra yang melibatkan indeks boleh dipermudahkan dengan
menggunakan hukum indeks.
90 4.1.1

