Page 3 - PERANCANGAN STRATERGIK SK PARIT HAJI TAIB TS25 KOHORT 6 2020-2024
P. 3
KATA ALU-ALUAN
PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH KERIAN
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan selamat sejahtera,
Saya bersyukur kehadrat Allah dengan limpah kurnia-Nya, Pejabat Pendidikan Daerah Kerian berjaya
menyiapkan Perancangan Strategik 2020-2024. Sekalung apresiasi kepada semua Sektor yang telah berusaha
menyediakan Perancangan Strategik bagi Pejabat Pendidikan Daerah Kerian yang dianggap lengkap dan
menggambarkan strategi jangka pendek dan jangka panjang dalam mendepani pendidikan negara.
‘Perancangan Strategik 2020-2024’, merupakan kesinambungan hasrat JPN Perak, PPD Kerian, dan sekolah-
sekolah di Daerah Kerian yang bermatlamat untuk menjadikan Kerian Ternama dalam lanskap pendidikan pada
tahun 2024. Hasrat ini merupakan amanah yang perlu dipikul oleh semua warga Pendidikan di Daerah Kerian
bagi merealisasikan aspirasi Jabatan Pendidikan Negeri Perak untuk menjadi sekolah unggul pada tahun 2025.
Bagi memastikan kejayaan usaha murni ini, semua warga pendidikan di Daerah Kerian mestilah menghayati
kandungan dan aspirasinya. Perancangan strategik ini mempunyai lima (5) kluster iaitu Profesionalisme Guru dan
Kepemimpinan Pendidikan, Kualiti Bakat dan Kemenjadian Murid, Jaringan dan Jalinan, Penyelidikan dan Inovasi
dan Tadbir Urus dan Sokongan Profesional.
Pemilihan kluster ini berlandaskan Kualiti Kepimpinan, Kualiti Guru dan Kemenjadian Murid selaras dengan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Usaha ini adalah untuk melahirkan generasi muda yang berilmu, berketrampilan, berakhlak
mulia, serta bertanggungjawab.
Dalam pelaksanaan Perancangan Strategik ini, semua agensi kerajaan iaitu PPD Kerian, Pengetua dan Guru
Besar Sekolah di Daerah Kerian, pihak swasta dan NGO memainkan peranan utama bagi menterjemahkannya ke
dalam bentuk tindakan. Segala tindakan hendaklah diikuti dengan pemantauan, penilaian dan penambahbaikan
yang berterusan. Semua warga PPD dan pendidikan Kerian hendaklah menerima amanah ini dengan sikap
terbuka dan melaksanakannya dengan penuh komitmen.
Sebagai peneraju kepimpinan di Daerah Kerian, saya mengharapkan sokongan padu daripada seluruh warga
Pendidikan di Daerah Kerian untuk menjayakan misi dan visi Perancangan Strategik iaitu menjadi daerah
ternama menjelang 2024.
Sekian, terima kasih
MOHD PAKU RUZI BIN MIN
Pegawai Pendidikan Daerah Kerian
3

