Page 4 - PERANCANGAN STRATERGIK SK PARIT HAJI TAIB TS25 KOHORT 6 2020-2024
P. 4
KATA ALU-ALUAN
GURU BESAR SK PARIT HAJI TAIB
Assalamualaikum / Salam sejahtera
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya kita dapat melaksanakan
tugas dan tanggungjawab sebagai Pendidik di Malaysia untuk meneruskan merancang
pembangunan dan hala tuju sekolah dengan menentukan Perancangan Strategik Sesi 2020-
SK PARIT HAJI TAIB 2024 sebagai dokumen utama kepada semua warga SK Parit Haji Taib untuk memacukan kualiti
TS25 KOHORT 6 pendidikan yang berfokus, sistematik, terancang dan boleh diukur atau dinilai cara pelaksanaan,
impak dan pencapaiannya.
SK Parit Haji Taib akan mula memasuki Gerbang Program Transfomasi Sekolah 2025 (TS25)
Kohort 6 mulai tahun 2021. Sehubungan dengan itu semua warga pendidik sekolah ini
berganding bahu untuk menyahut cabaran demi melahirkan generasi yang cemerlang dan
berakhlak mulia. Pelbagai inisiatf akan diperkenalkan dan dilaksanakan bagi memenuhi misi dan
visi Kementerian Pendididkan Malaysia, 6 objektif Jabatan Pendidikan Perak, dan hasrat
Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.
Perancangan Strategik 2021 – 2024 ini juga adalah selari dengan acuan TS25. Ia meliputi empat
KRA utama iaitu pemimpin berkesan, guru berkualiti, persekitaran pembelajaran bermakna dan
sokongan PIBG serta komuniti bagi tujuan menghasilkan kemenjadian murid dan sekolah
berkualiti menjelang tahun 2025.
Akhir kata, semoga SK Parit Haji Taib dapat bersama dengan Pejabat Pendidikan Daerah
Kerian dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak mengembeling tenaga berusaha menzahirkan
pendidikan berkualiti untuk membangunkan sekolah unggul bagi menyediakan murid kalis masa
hadapan.
Sekian terima kasih.
Semoga dipermudahkan segala urusan.
‘SENTIASA BERSAMA KERIAN TERNAMA’
SITI ALPIAH BINTI MAT ALI
Guru Besar SK Parit Haji Taib
4

