Page 12 - majalahhhhhhhhhhhhhh
P. 12
KALAM BICARA
Pengetua SMK Iskandar Shah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu, tahniah diucapkan kepada sidang redaksi majalah e- sinaran di atas kejayaan
menerbitkan majalah yang istimewa ini. Terima kasih kerana memberi kesempatan untuk saya
mencoretkan sepatah dua kata dalam majalah ini.
Sekolah kita sudah lama dianggap sebagai penanda aras pencapaian akademik, kokurikulum, sukan
dan pengurusan organisasi sekolah yang tinggi bukan sahaja di negeri Melaka, bahkan di seluruh negara.
Justeru itu, kita mestilah mencari dimensi baharu bagi meningkatkan lagi keberhasilan dan keberkesanan
sekolah ke tahap yang lebih gemilang di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Perubahan dan penambahbaikkan dalam dasar pendidikan negara seperti pentaksiran berasaskan
sekolah (PBS), kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dan sarana sekolah yang menjadi inti perlaksanaan
Pelan Pembangunan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menuntut warga pendidikan berfikir di luar kotak, serta
mengaplikasikan strategi lautan biru supaya terus berdaya saing dan dihormati. Saya mengucapkan
tahniah kerana warga sekolah dan ibu bapa yang telah berjaya memanfaatkan pelbagai aplikasi atas talian
bagi melicinkan pengurusan sekolah dan maklumat pencapaian murid dengan lebih berkesan dan cekap.
Mudah-mudahan sumbangan ikhlas tuan puan bakal memacu pendidikan di persada kecemerlangan yang
dihajati.
Akhir kata, semoga warga SMK Iskandar Shah sentiasa diberi kekuatan oleh Allah untuk terus
berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam semua aspek tidak kira kurikulum mahupun kokurikulum.
Sekian, terima kasih.
HAJI ZOLKAPLY BIN YUNUS, D.S.M
Pengetua Cemerlang SMK Iskandar Shah

