Page 13 - majalahhhhhhhhhhhhhh
P. 13
KALAM BICARA
Menteri Pendidikan Malaysia
Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sidang Redaksi Majalah atas kejayaan menerbitkan majalah
sekolah bagi tahun 2018. Bagi pihak Kementerian Pendidikan Malaysia, segala usaha dan sumbangan dalam
penerbitan majalah ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Sisitem pendidikan di Malaysia telah banyak menyumbang kepada kemajuan dan kemakmuran negara
selama ini. Namun penambahbaikan secara berterusan adalah diperlukan bagi memastikan mutu pendidikan
negara kita setanding dengan negara-negara maju. Melalui kajian semula sistem pendidikan negara secara
menyeluruh, kita berupaya memahami kekuatan, kelemahan serta cabaran selain memberikan tumpuan
dalam usaha untuk meningkatkan standard dan merapatkan jurang pencapaian di setiap peringkat. Ini kerana
matlamat untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara maju amat bergantung kepada keupayaan
dalam menyediakan pendidikan yang berkualiti kepada rakyat.
Sebagai nadi utama dalam usahan untuk membangunkan modal insan yang akan memacu kemajuan negara
pada masa hadapan. Kementerian Pendidikan akan terus berusaha untuk mengarap potensi murid secara
menyeluruh dalam bidang akademik serta pelbagai bidang lain. Dengan adanya Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), segala usaha memartabatkan sistem pendidikan negara ke
peringkat yang lebih tinggi dapat diselaraskan dengan terancang.
Melalui PPPM, Kementerian Pendidikan telah mempamerkan iltizam dan komitmen yang tinggi bagi
melaksankan inisiatif- inisiatif yang telah ditetapkan untuk membolehkan aspirasi sistem pendidikan dapat
dicapai untuk membolehkan aspirasi sistem pendidikan dapat dicapai di setiap peringkat. Adalah penting bagi
guru dan pemimpin sekolah untuk memastikan peningkatan profesionalisme dilakukan secara berterusan demi
mencapai matlamat yang digariskan dalam PPPM.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam menjayakan matlamat menyediakan pendidikan yang
berkualiti kepada rakyat serta mewujudkan sistem bertaraf dunia di negara kita. Akhir kata, tahniah dan
syabas diucapkan kepada ahli Sidang Redaksi serta semua pihak yang telah berusaha gigih bagi
merealisasikan penerbitan majalah sekolah tahun ini.
Terima kasih
YANG BERHORMAT DR. MASZLEE BIN MALIK
Menteri Pendidikan Malaysia

