Page 14 - majalahhhhhhhhhhhhhh
P. 14

KALAM BICARA
                                                  Pengarah Pendidikan Malaysia







                                      Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera kepada semua.
        Setinggi-tinggi tahniah dan syabas saya ucapkan kepada Sidang Redaksi majalah Sekolah- Sekolah

       Menengah Negeri Melaka diatas usaha serta komitmen yang dicurahkan untuk menghasilkan majalah

       tahun 2018 ini. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kerana memberi ruang kepada saya untuk

                               menyampaikan sepatah dua kata untuk dimuatkan dalam majalah ini.

       Majalah sekolah sebenarnya adalah satu batu loncatan kepada para pelajar untuk menunjukkan bakat
   mereka. Pihak sekolah seharusnya menyokong penerbitan majalah yang sebegini kerana dapat melahirkan

      pelajar- pelajar yang berilmu serta berfikiran kreatif dan kritis. Selain itu juga penerbitan majalah ini juga

            dapat merakamkan segala aktiviti yang dilakukan oleh para pelajar sebagai satu kenangan dan

         kebanggaan pada masa hadapan. Justeru, usaha dan pendekatan yang berkesan perlu digembleng

                                 supaya peningkatan kualiti dari pelbagai aspek dapat ditingkatkan.

         Pada zaman yang kian mencabar ini, para pelajar seharusnya sentiasa sedia untuk terus menerajui
        kepimpinan negara pada masa akan datang. Justeru, pelajar perlu menuntut ilmu sebanyak mungkin

          terutama dalam bidang teknologi terkini di samping mengembangkan pengetahuan mereka di luar

                                                                          akademik.

        Akhir kata, saya berharap penerbitan majalah ini dapat membuka minda para pelajar untuk mencapai

       matlamat serta visi pendidikan. Semoga pelajar dapat mengorak langkah demi merealisasikan aspirasi

                                       negara untuk menjadi sebuah negara maju dan cemerlang.
                                                                   Sekian terima kasih.

                                         YANG BERBAHAGIA TUAN HAJI ABU BAKAR SAHARI

                                                      Pengarah Pendidikan Negeri Melaka
   9   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19