Page 2 - apc19
P. 2
SEJARAH PENUBUHAN SEKOLAH
Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1947 dengan nama Sungai Kepayang School. Bangunan sekolah pada
masa itu beratap rumbia dan berdinding kulit kayu meranti. Penubuhan sekolah ini adalah atas kesedaran
masyarakat setempat yang pada ketika itu bahawa mereka ketinggalan jauh dalam bidang pendidikan. Ini
disebabkan masyarakat Beluru pada masa itu mengalami zaman peralihan pemerintahan impak daripada pen-
jajahan British.
Pada tahun 1948, sekolah ini telah dipindahkan ke satu tapak baru di atas bukit di tebingan sungai Bakong
iaitu di tapak sekolah SJK Hwa Kwong sekarang. Sejak itu, nama sekolah telah ditukar kepada Beluru Cen-
tral School.
Semasa zaman peralihan bahasa penghantar iaitu dari Bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu, maka sekolah ini
telah bertukar nama kepada Sekolah Rendah Kerajaan Beluru. Sejak akhir tahun 1987 nama sekolah ini
lebih dikenali sebagai Sekolah Rendah Kebangsaan Beluru sahaja.
Pada tahun 1989, sekolah ini telah dipindahkan ke tapak asal dekat Sungai Kepayang berdekatan Sekolah
Menengah Kerajaan Bakong. Kini sekolah ini mempunyai kemudahan asas seperti bekalan air bersih da-
ripada JKR dan elektrik daripada SESCO Berhad serta bangunan konkrit.
Sekolah Rendah Kerajaan Beluru, Bakong terletak di Daerah Baram yang merupakan Bahagian Keempat
pada masa itu. Pekan Beluru dapat dihubungi dengan menggunakan jalanraya dan jalan air. Jarak sekolah
dengan Bandaraya Miri kira-kira 80 km dan jaraknya dengan Pekan Beluru hanya 1½ kilometer iaitu 10
minit berjalan kaki. Dahulu sekolah ini dibawah seliaan Jabatan Pendidikan Daerah Baram. Ini adalah
kerana pada masa itu sekolah ini hanya dapat dihubungi dengan menggunakan jalan sungai iaitu Sungai Ba-
kong daripada Sungai Baram. Sekarang sekolah ini berada di bawah penyeliaan Pejabat Pelajaran Daerah
Miri walaupun pada dasarnya ia terletak di Daerah Baram. Sekolah ini merupakan sekolah luar Bandar
dan menjadi pusat bagi sekolah-sekolah kecil di sekitar Daerah Kecil Beluru Bakong untuk menjalankan
aktiviti.
2

