Page 4 - apc19
P. 4

SEULAS PINANG















                                              PERUTUSAN GURU BESAR
                                    SEKOLAH KEBANGSAAN BELURU CENTRAL



                 Kita panjatkan doa dan kesyukuran kepada Tuhan kerana atas limpah kurnianya kita dianugerahkan
                 kekuatan dan kesihatan untuk meneruskan perjuangan kita untuk memperkasakan pendidikan di Sekolah
                 Kebangsaan Beluru Central.


                 Sebenarnya pada hari ini kita sendiri akan melihat pencapaian dan perubahan yang kita canaikan dan
                 bawakan kepada anak didik kita selama setahun ini. Pada hari ini juga ibu bapa akan melihat pencapaian
                 anak-anak mereka. Ibu bapa juga tidak terlepas daripada mendidik anak-anak masing-masing. Rumah
                 merupakan sekolah pertama seorang kanak-kanak itu dan ibu bapa adalah guru-guru mereka.


                 Justeru itu, sama-samalah kita berganding bahu mengajar dan mendidik anak-anak kita semoga mereka
                 mencapai cita-cita mereka. Anak-anak kita pada hari ini adalah bakal pemimpin negara kita suatu masa
                 nanti. Ayuhlah bersama-sama kita bimbing dan didik mereka ke arah yang betul. Mengajar dan mendidik
                 adalah tanggungjawab bersama.


                 Salam Satu Malaysia.



                 Sekian. Terima Kasih.



                 JAMILAH BINTI MAIL

                 Guru Besar,
                 Sekolah Kebangsaan Beluru Central, Bakong

















                                                            4
   1   2   3   4   5   6   7   8   9