Page 3 - apc19
P. 3
Majlis
Penyampaian Sijil Dan Anugerah Murid Cemerlang Sekolah Kebangsaan Beluru Central
14 November 2019
PENGENALAN
MAJLIS PENGANUGERAHAN MURID BECENTRA ialah sebuah majlis yang mengiktirafkan pencapaian dan penyertaan murid-
murid dalam Kurikulum dan Kokurikulum. Selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan perkem-
bangan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang daripada segi intelek,
emosi, rohani, jasmani dan sosial serta percaya dan patuh kepada Tuhan.
Seiring dengan perkembangan ini, pihak sekolah juga tidak mengabaikan ENAM Teras Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
yang memfokuskan;
Membina Negara Bangsa
Membangun Modal Insan
Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Merapatkan Jurang Pendidikan
Memartabatkan Profesion Perguruan
Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan
MATLAMAT
Menambah kualiti dan kuantiti mutu pendidikan yang cemerlang dalam bidang kurikulum dan ko-kurikulum.
OBJEKTIF
Meningkatkan kecemerlangan dalam bidang Kurikulum.
Mewujudkan satu bentuk persaingan yang positif dan sihat dengan kekuatan minda serta pemikiran yang kreatif dan
kritis.
Memotivasi diri supaya berusaha bersungguh-sungguh dalam pelajaran demi memperbaiki taraf hidup keluarga mereka
ke tahap yang lebih baik dan terjamin di masa depan.
3

