Page 118 - buku pengurusan 2018
P. 118
2.8 Maklumat Peribadi Ibubapa / Penjaga
a. Lengkapkan semua maklumat dalam setiap ruangan dengan teliti dan
kemas selewat-lewatnya pada akhir bulan Januari
99
b. Tarikh murid meninggalkan kelas adalah tarikh murid pindah/berhenti
/dibuang.
c. Sijil berhenti perlu dikeluarkan bagi murid yang berhenti sekolah/dibuang
sekolah/ ke SMK Teknik/ke intitusi pendidikan swasta.
d. Alamat rumah hendaklah ditulis dengan pen. Jika murid berpindah
catatkan tarikh murid berpindah.
2.9 Kegiatan Kokurikulum
a. Semua maklumat mesti dilengkapkan selewat-lewatnya pada penghujung
bulan Januari.
b. Setiap murid mesti menganggotai sekurang-kurangnya satu
persatuan/kelab, satu permainan, satu badan beruniform dan satu rumah
sukan.
2.10 Penyata Ketidakhadiran dan Ponteng
a. Mesti dilengkapkan pada akhir setiap bulan.
b. Seseorang murid hanya berada dalam satu katogeri sahaja sama ada
tidak hadir atau ponteng.
Sekiranya murid tersebut pernah tidak hadir dan ponteng pada bulan yang
sama, penentuan kategori hendaklah mengikut bilangan yang terbanyak.
Contoh bagi seorang murid:
Jumlah hari ponteng(tidak hadir tanpa sebab) = 3
Jumlah hari tidak hadir(dengan sebab) = 4
Tafsirannya murid ini kategori Murid Tidak Hadir kerana hari tidak hadir
bersebab melebihi hari ponteng.
c. Kaedah pengiraan ditunjukan pada ruangan berkaitan.
BUKU PENGURUSAN SMKSM 2018

