Page 11 - Halatuju Selepas SPM (IKP)
P. 11
INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKP)
KECERDASAN EKSISTENTIAL
Kecerdasan eksistential ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk
bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan dan
juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan ini telah
diperkenal oleh Smith dan Smith (2002).
Kemahiran : Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di
tengah-tengah kehidupan masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional
ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang.
Cara belajar : Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh
membaca banyak buku falsafah dan menyoal diri sendiri tentang
pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara mendalam.
PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 SMK (F) PURUN TAHUN 2022/2023

