Page 10 - Halatuju Selepas SPM (IKP)
P. 10

INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKP)



                                                                   KECERDASAN INTRAPERSONAL






                    Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran metakognitif dan

                    berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan intrapersonal yang tinggi

                    selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan mempunyai tanggapan tentang kekuatan

                    dan kelemahan diri sendiri.

                    Kemahiran : Keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri

                    mereka sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai

                    pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari.

                    Cara belajar : Orang yang seperti ini akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan

                    dan gemar melakukan renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi.

                    Biasanya individu dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup. Di samping itu,

                    mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang sedang berlangsung,

                    memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri dalam situasi konflik. Mereka

                    mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat dilakukan dalam persekitaran sosial

                    serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta bantuan pada saat-saat yang diperlukan.




                                                                                                      PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 SMK (F) PURUN TAHUN 2022/2023
   5   6   7   8   9   10   11   12