Page 9 - Halatuju Selepas SPM (IKP)
P. 9

INVENTORI KECERDASAN PELBAGAI (IKP)



                                                                   KECERDASAN INTERPERSONAL








                              Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang memahami perasaan, motivasi,
                              tabiat serta hasrat orang lain. Individu ini dapat berinteraksi dengan mudah dan boleh


                              bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk menghasilkan sesuatu yang
                              berfaedah serta dapat memberi motivasi kepada orang lain.


                              Kemahiran : Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi
                              antara pelbagai petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan


                              berkesan secara pragmatik terhadap petanda tersebut. Mereka yang mempunyai
                              kecerdasan interpersonal yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan


                              orang lain. Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi,
                              perasaan, fikiran, tingkah laku dan harapan orang lain.


                              Cara belajar : Belajar dengan berkesan melalui pembelajaran, bekerjasama dengan
                              rakan sebaya.









                                                                                                      PROGRAM ORIENTASI TINGKATAN 4 SMK (F) PURUN TAHUN 2022/2023
   4   5   6   7   8   9   10   11   12