Page 4 - Sukan Bersama Badminton
P. 4

Sejarah Badminton


                       Permainan  badminton  diperkenalkan  sejak  zaman  dahulu  dan  permainan  ini  boleh
               didapati bermula di Yunani dan Mesir. Hanetsukite, satu permainan yang dimainkan di negara

               Jepun oada abad ke-16 berkait rapat dengan permainan badminton. Malahan, permainan yang
               dikenali sebagai Battledore and Shuttlecock di negara barat juga dimainkan dan ia memerlukan

               satu  bola  tangkis  dan  raket  semasa  bermain.  Di  negara  India  pula,  permainan  Poona

               diperkenalkan dan permainan ini dibawa balik ke negara England oleh pegawai tentera British
               lalu dimainkan oleh sesiapa yang tinggal dalam kediaman kelas atasan pada masa itu. Pada

               tahun 1873, permainan sukan baru yang dinamakan “badminton” diperkenalkan di Badminton
               House. Walaupun permainan badminton dirasmikan di England, namun peraturan-peraturan

               masih mengikut permainan India sehingga ke tahun 1887. Peraturan badminton dikaji semula
               lalu mengeluarkan peraturan yang baru dalam versi Bahasa Inggeris oleh Bath Badminton Club

               pada tahun 1887. Kejohanan Badminton Terbuka Seluruh England dianjurkan pada tahun 1899

               dan  pertandingan  ini  juga  pertandingan  badminton  rasmi  pertama  di  dunia.  Pertubuhan
               Badminton Terbuka (IBF) kemudian ditubuhkan dan anggotanya adalah dari 9 negara sebagai

               pengasas.  Kini,  pertubuhan  BWF  telah  menjadi  badan  badminton  antarabangsa  dan

               menjalankan tugas sebagai pengurusan sukan badminton di seluruh dunia. Menurut kedapa
               rekod-rekod dahulu, negara-negara Asia berjaya mendominasi permainan badminton ini dan

               mempunyai ramai pemain yang bertaraf dunia walaupun permainan ini diperkenalkan oleh
               negara barat.
   1   2   3   4   5   6   7   8   9