Page 5 - Sukan Bersama Badminton
P. 5
Peralatan permainan badminton
Raket badminton
Kebanyakan raket badminton diperbuat daripada besi, aluminium atau grafit. Bahan
pembuatan raket bergantung kepada bajet seseorang individu tersebut. Kini, raket-raket dicipta
dengan lebih ringan, kuat dan laju apabila pemukulan bulu tangkis. Raket badminton dibahagi
kepada dua bahagian yang berbeza iaitu kepala dan batang. Kepalanya akan disambungkan ke
batang melalui aloi zink berbentuk T, sementara raket satu bahagian terbentuk di bawah
tekanan tinggi. Untuk mendapatkan raket yang bersesuaian, pemegang raket mesti sesuai
dengan cengkaman anda. Pegangan yang biasa lebih kurang 9.2 cm. Manakala titik
keseimbangan raket biasaya terletak di antara 29 cm sampai ke 30 cm dari bahagian bawah
raket. Kepanjangan raket adalah 66.1 cm dan beratnya di antara 99.2 gram – 141.7 gram.
Kelebaran bahagian kepala raket adalah 25.4 cm dan 20.3 cm.
Bulu tangkis

