Page 6 - Sukan Bersama Badminton
P. 6
Bulu tangkis mempunyai dua jenis yang berbeza iaitu jenis bulu dan jenis nilon plastik.
Bulu tangkis yang diperbuat daripada bulu angsa tidak tahan lama dan juga harganya mahal
berbanding dengan bulu tangkis jenis nilon plastik. Sekiranya bulu tangkis dipukul
sepenuhnya dari bawah lengan dari bahagian belakang gelanggang, bulu tangkis mempunyai
kelajuan yang betul, ia akan jatuh di sekitar garisan servis berganda iaitu tidak kurang dari
530 mm dan tidak lebih dari 990 mm daripada garis batas.
Kasut badminton
Dalam pemilihan kasut yang sesuai untuk permainan badminton, kelenturan tapak
kasut amat penting. Ia akan membantu dalam keselesaan kaki semasa melakukan pergerakan
yang rapat. Kelukaan berkemungkinan besar akan beraku apabila kasut tersebut terlalu ketat
dan mengakibatkan pemain terseliuh. Tambahan pula, daya serapan juga penting semasa
pemilihan kasut. Peredaran udara dalam kasut diperlukan agar kestabilan dan sokongan
kepada bahagian kaki.
Sistem permarkahan
Sistem pemarkahan permainan badminton telah diubah dari 15 mata menjadi 21 mata
tanpa mengatasi (overtake), yang memerlukan masa yang lama. Sistem pengiraan terkini
lebih merupai pingpong dan tenis. Oleh itu, setiap pemain badminton yang akan mula
memukul bola mesti mengikuti markah semasa. Untuk mencapai kemenangan, perbezaan 2
mata perlu dicapai. Sekiranya gagal mencapai perbezaan dua mata, maka permainan
diteruskan sehingga 29 lawan 29, dan sesiapa yang mencapai markah 30 akan dikira
pemenang dalam pertandingan tersebut. Dalam kategori perseorangan, sekiranya seseorang
pemain mencapai mata genap servis dilakukan di sebelah kanan gelanggang pemain dan

