Page 102 - bm tahun 6 1
P. 102

Pemulihan






             Baca teks cerita. Kemudian, nyatakan ilmu dan nilai daripada cerita tersebut.
             Persembahkannya dalam pelbagai bentuk.


                               Muafakat Lebah dengan Tempua
                               Muafakat Lebah dengan Tempua


             Sang Lebah melihat sekeluarga tempua dari                        Ilmu
             sarangnya di pokok tualang, tempat dia membuat                   Lebah
             madu. Anak tempua yang masih kecil menangis                      bersarang
             kesejukan. Sang Lebah menghampiri keluarga                       dan membuat
             tempua itu.                                                      madu
                                                                              di pokok.
                “Hai, Sang Tempua! Mengapakah kamu berada
             di sini?” tanya Sang Lebah.
                “Eh, Sang Lebah! Kami baru saja berpindah
             di sini. Kami tiada tempat untuk berteduh,” kata                 Nilai
             Sang Tempua.                                                     Baik hati.
                “Kalau begitu, ayuh, saya ajarkan cara untuk
             membuat sarang!” kata Sang Lebah.                                Ilmu
                Sang Lebah pun mengajar Sang Tempua                            ____
             membuat sarang daripada daun padi dan lalang.
                “Sarang tempua jantan ini ada tempat untuk                    Nilai
             kamu bertenggek,” kata Sang Lebah.                                ____
                “Menarik,” kata Sang Tempua.
                “Pintu sarang tempua betina pula agak berbeza                 Ilmu
             kerana ada bahagian berlekuk untuk menyimpan                      ____
             telur,” jelas Sang Lebah lagi.
                Hasil muafakat mereka, sarang tempua pun
             siap. Sarang yang rendah itu terjuntai pada daun                 Nilai
             pokok kelapa. Sang Lebah dan Sang Tempua pun                      ____
             tinggal berjiran dan saling membantu.
                Kononnya, mulai hari itu, tempua sering membuat               Ilmu
             sarang yang rendah.                                               ____








              2.3.2
                                                                                                 93
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107