Page 103 - bm tahun 6 1
P. 103

Pengayaan


                             Permainan Membina Kata Majmuk
                             Permainan Membina Kata Majmuk

                     balai        cari       gulung     bertolak      pusat        diri

                    rendah       tengah       garis       hari        raya       kuning
                    langsat        gali       guru       besar        tikar      ansur

                     mata                                                       pelajaran






                                    Pasukan Muhibah Pasukan  Pasukan Sepakat
                                                    Harmoni


                               Pengadil



                                                                Juri

                                     Penjaga Masa


          Langkah Permainan

          1.  Pengadil akan meniup wisel untuk memulakan permainan. Penjaga masa pula
             akan mencatat masa.

          2. Selepas  itu,  para  pemain  memadankan  perkataan  untuk  membentuk  kata
             majmuk. Para pemain juga dikehendaki menulis ayat dengan menggunakan
             setiap kata majmuk yang telah dibentuk pada sekeping kertas.
          3. Setelah selesai, ketua pasukan akan menyerahkan kertas tersebut kepada juri.
             Apabila juri menerimanya, penjaga masa akan berhenti mencatat masa.

          Peraturan Permainan
          1.  Peserta diberi masa selama lima minit untuk membentuk kata majmuk dan
             membina ayat.
          2. Loceng akan dibunyikan sekali setelah tiga minit dan dua kali setelah lima minit.
          3. Pengadil akan membatalkan penyertaan para pemain yang melebihi had
             masa.
          4. Juri akan  menentukan  pemenang  melalui  pembentukan  kata  majmuk  dan
             pembinaan ayat yang betul. Jika keputusan seri, pemenang ditentukan melalui
             kepantasan masa.
                   5.2.2
           94
   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107   108