Page 26 - bm tahun 6 1
P. 26
Seni Bahasa
Lembaran Memori
Lembaran Memori
Irfan dan rakan-rakannya hendak membuat persembahan puisi di sekolah.
Mereka memilih sebuah sajak karya penulis negara untuk dipersembahkan.
Kepulangan
Anakku, Anakku,
tugas ibu telah berpenghujung ibu sering mengingatimu dari jauh
pasti nanti ibu akan pulang kerana engkau umpama matahari
dari negara atas angin ke tanah air. yang terbit dalam hati.
Anakku, Anakku,
akan ibu tinggalkan kerja sabarlah menunggu
lantas merentasi benua ibu tidak lama lagi
yang memisahkan kita. akan tiba di rumah kita.
Anakku, Anakku,
akan ibu bawa pulang hitunglah hari-hari
hadiah istimewa kita akan bertemu kembali
dari negara asing merapatkan kasih sayang yang suci.
sebagai cenderamata rindu.
Nukilan: Qurratul ‘Ain
Info
Puisi boleh dipersembahkan dengan pelbagai cara. Antaranya termasuklah:
• dekon – deklamasi dan lakon
• mestamu – melagukan puisi tanpa muzik
• mimos – lakonan yang mementingkan gerakan anggota badan dan ekspresi muka
Aktiviti
Persembahkan sajak dengan penuh penghayatan dan keindahan bahasa.
Nota Guru
• Bimbing murid mempersembahkan sajak dengan penuh penghayatan dan keindahan bahasa.
4.2.2 Strategi PdP: KP – Kinestetik KBAT: Mencipta – Mempersembahkan
EMK: Nilai Murni – Kasih sayang 17

