Page 31 - bm tahun 6 1
P. 31
Penilaian
Baca bahan dengan telitinya.
Poskad untuk Ayah
Poskad untuk Ayah
Molly anak Orang Asli yang tinggal di Hutan Simpan Belum, Perak. Dia perlu menetap
di asrama kerana rumahnya jauh dari sekolah. Walaupun berjauhan, Molly tidak
melupakan keluarganya di kampung. Dia mengirimkan poskad kepada ayahnya.
5 Januari 20
Ayah,
Apa khabar keluarga di sana? Molly telah
selamat tiba di asrama. Kelas telah bermula
pada hari Isnin. Molly ditempatkan di Tahun Kepada:
6 Melur. Suasana di sini agak berbeza tetapi
Molly akan cuba menyesuaikan diri. Ayah dan Itam bin Alik,
ibu juga tidak perlu khuatir. Molly akan belajar
dengan bersungguh-sungguh untuk mencapai Kampung Cantek,
cita-cita. Hutan Simpan Belum,
Sampaikan salam kepada adik-adik. Molly 33300 Banding,
sangat merindui mereka. Perak Darul Ridzuan.
Yang jauh,
Molly
A. Jawab soalan berikut:
1. Mengapakah Molly perlu tinggal di asrama?
2. Jelaskan dua sikap Molly yang wajar dicontohi oleh orang lain.
3. Sebagai rakan, bagaimanakah kamu dapat membantu Molly
menyesuaikan diri? Jelaskan cadangan kamu.
B. Senaraikan kata kerja transitif dan kata kerja tak transitif yang terdapat dalam
petikan. Kemudian, bina ayat.
2.1.1
22 3.2.2
5.1.2

