Page 48 - bm tahun 6 1
P. 48

Menulis

                                               Bilik Isolasi
                                               Bilik Isolasi
                                                                                           Audio sajak
                                                                                           Audio sajak
             Izzah pernah ditempatkan di dalam bilik isolasi. Dia mencatat pengalamannya
             itu dalam sebuah sajak.



             Terasing di Kamar

             Di kamar ini
             tanpa rela kuhadiri
             ditemani batuk kecil
             mataku berpinar-pinar
             kepalaku berdenyut-denyut
             tubuhku mula meragam.


             Hadirnya aku di sini
             mengasing diri keseorangan
             berbaring diri dalam keselesaan
             bantal bersih menjadi teman
             menunggu masa untuk kupulang.

             Hadirnya aku di sini                                   Info Bilik Isolasi
             sekeliling dapat kuperhati
             kamar bersih cantik berseri
             habuk dan hama takut hampiri                      1. Bilik ini
             dengan harapan tidak dijangkiti.               menempatkan        2. Bacaan suhu
                                                            murid bergejala       murid perlu
             Kamar ini                                        dan kontak        direkod semula
                                                                                    selepas
             habis diguna terus dirapi                          rapat.             15 minit.
             dilap dimop disanitasi
             esok lusa berguna lagi
             terus berkhidmat terus berfungsi.                3. Jika bacaan
                                                             suhu murid telah      4. Catatkan
             Nukilan: Izzah Faizal                               kembali          waktu masuk
                                                              normal, murid         dan waktu
                                                               dikehendaki         keluar murid
                                                              balik ke kelas.         dalam
                                                                                  buku catatan.
                 Aktiviti

            Tulis teks sajak yang diimlakkan.

                 Nota Guru
                     • Bimbing murid mengenal pasti ejaan dan sebutan dalam bahan.
              3.2.4  • Bimbing murid menulis teks sajak yang diimlakkan.
                       Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual       KBAT: Mengaplikasi − Melaksanakan   39
                       EMK: Nilai Murni − Kebersihan fizikal dan mental
   43   44   45   46   47   48   49   50   51   52   53