Page 46 - bm tahun 6 1
P. 46

UNIT          Bersih Selalu,
                    6           Sihat Sentiasa


             UNIT 1
                   Mendengar dan Bertutur


                                        Nyamuk Penyelamat
                                        Nyamuk Penyelamat
            Dalam perjalanan ke hospital, Izzah menonton berita di dalam kereta ayahnya.


                                                                             Bekas hitam besar
               PROGRAM KAWALAN                                               (release container)
               DENGGI MELALUI PROJEK
               WOLBACHIA                                                          Mengandungi
                                                                                  telur nyamuk
               Apakah Wolbachia?                                                  bagi
                                                                                  menghasilkan
                 • Wolbachia ialah bakteria yang hidup                            nyamuk
                   dalam sel serangga berkurun-kurun                              berwolbachia.
                   tahun dahulu dan diwarisi generasi
                   seterusnya melalui telur.
                                                                             Bekas hitam kecil
                 • Nyamuk berwolbachia tidak                                 (ovitrap container)
                   berbahaya kepada manusia,                                   Digunakan untuk
                   haiwan, dan alam sekitar.                                   memantau
                                                                               kehadiran
                 • Nyamuk berwolbachia tidak                                   nyamuk
                   menyebabkan demam denggi.
                                                                               berwolbachia.
                                                             Perhatian: Jangan alihkan bekas-bekas hitam ini.
              Bagaimanakah nyamuk berwolbachia mengawal populasi nyamuk Aedes?

               Menghasilkan                   betina               jantan                   Tiada
                jentik-jentik   Nyamuk Aedes jantan                                        jentik-jentik
               berwolbachia                             Nyamuk               Nyamuk Aedes   terhasil
                             Nyamuk berwolbachia   mengawan  berwolbachia  mengawan  betina
                                 jantan                                    (Sumber: www.infosihat.gov.my)


            Encik Faizal:  Izzah, program kawalan denggi dengan nyamuk berwolbachia
                           ini lebih mesra alam kerana tidak menggunakan sebarang racun
                           atau bahan kimia.
            Izzah:         Ya, ayah. Nyamuk berwolbachia tidak berbahaya ____.
            Encik Faizal:  Bagaimanakah persekitaran yang bersih dapat menjamin kejayaan
                           pembiakan nyamuk berwolbachia di dalam bekas-bekas hitam itu?
            Izzah:         ____.



                 Aktiviti

             Bertutur untuk menghujahkan idea kreatif.
                 Nota Guru
                     • Bimbing murid menganalisis bahan untuk mendapatkan maklumat tersurat dan tersirat.
              1.2.2  • Bimbing murid bertutur untuk menghujahkan maklumat dengan menggunakan idea kreatif.
                       Strategi PdP: Kajian Masa Depan        KBAT: Menilai – Membahas           37
                       EMK: Sains dan teknologi
   41   42   43   44   45   46   47   48   49   50   51