Page 50 - bm tahun 6 1
P. 50

Tatabahasa

                                  Bilik Selesa, Tidur Berkualiti
                                  Bilik Selesa, Tidur Berkualiti
           Kawan Izzah, Amna, berkongsi tentang masalahnya sewaktu tidur.

           Amna:   Izzah, saya tidak dapat tidur lena kerana bunyi bising.
           Izzah:   Bunyi apakah yang mengganggu tidur kamu, Amna?
           Amna:   Bunyi dengkuran kakak saya, Izzah.
           Izzah:   Oh, begitu! Dia mungkin menghidapi apnea tidur.
           Amna:   Jadi, apakah yang harus saya lakukan?

           Izzah:   Nasihatilah dia dengan suara kamu yang selunak buluh perindu. Minta
                     dia berjumpa dengan doktor.
           Amna:   Ada-ada sahaja kamu, Izzah. Kadang-kadang, saya juga berasa tidak
                     selesa sewaktu tidur.
           Izzah:   Amna, kebersihan diri mesti kita titik beratkan. Sebaik-baiknya, cucilah
                     muka sebelum tidur supaya kulit muka tidak berminyak.
           Amna:   Baik, Izzah. Saya juga selalu membuka tingkap untuk menghilangkan
                     bau hapak.
           Izzah:    Mungkin bau itu daripada pakaian yang belum betul-betul kering, Amna.
                     Pakaian yang  lembap-lembap  menyebabkan kulat membiak pada
                     fabrik. Situasi ini menyebabkannya berbau.

           Amna:    Kalau begitu, pengurusan diri akan saya utamakan agar lebih tenteram
                     semasa tidur. Saya juga akan memastikan bilik tidur sentiasa kemas
                     dan bersih.
           Izzah:   Bagus, Amna. Buat sementara waktu, semburkan pewangi agar bilik
                     kamu harum semerbak. Seperkara lagi, jangan ambil minuman
                     yang manis-manis sebelum tidur. Jangan buat pekak badak sahaja.
                     Ingat nasihat saya.
           Amna:   Baik, Izzah. Terima kasih atas nasihat itu.          Info
           Izzah:   Sama-sama, Amna. Tidur lenalah puteriku.
                                                                     Apnea tidur ialah keadaan
           Amna:   Ha, ha, ha! Harap-harap masin mulut               pernafasan yang terhenti untuk
                     kamu, Izzah.                                    sementara waktu semasa tidur.





                Aktiviti

           Kenal pasti pelbagai bentuk kata adjektif. Kemudian,
           lakonkan dialog.
               Nota Guru
                    • Bimbing murid memahami pelbagai bentuk kata adjektif.
             5.1.3  • Bimbing murid melakonkan dialog dengan sebutan dan intonasi yang sesuai.
                      Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme       KBAT: Mengaplikasi − Melakonkan  41
                      EMK: Nilai Murni − Kasih sayang          PAK-21: Lakonan
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55