Page 59 - bm tahun 6 1
P. 59
Membaca
Jangan Jadi Mangsa
Jangan Jadi Mangsa
Faris dan Robin ke rumah Irfan. Mereka membaca maklumat yang diperoleh
daripada surat khabar dan majalah. Kemudian, mereka cuba membuat rumusan
dan ramalan.
Waspada Pembelian Secara dalam Talian
PULAU PINANG, 10 Jun – Kes penipuan berkaitan dengan urus BATAL
niaga dalam talian semakin meningkat. Nilai kerugian melebihi
RM1 juta sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sebanyak 130 kes penipuan dilaporkan sejak 18 Mac hingga
19 Mei lalu. Pihak berkuasa juga telah menahan sebanyak Hentikan urusan
13 individu yang terlibat dalam kes penipuan ini terutamanya pembelian.
menerusi media sosial.
Terdapat segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab
mengambil kesempatan atas sikap tidak prihatin masyarakat
terhadap keselamatan transaksi elektronik. Selain itu, permintaan maklumat
tinggi terhadap sesuatu barangan dan tawaran murah yang meragukan
diberikan juga menyebabkan orang ramai mudah terpengaruh.
Orang ramai dinasihati supaya lebih berhati-hati ketika
membuat pembelian secara dalam talian. Mereka perlu membuat
semakan akaun atau aplikasi yang digunakan.
Di samping itu, orang ramai dinasihati agar tidak sesekali
membenarkan individu lain mengakses maklumat perbankan.
Sesiapa yang mempunyai aduan atau ingin mendapatkan
keterangan lanjut boleh menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah
Komersil, Polis Diraja Malaysia.
(Sumber: https://www.hmetro.com.my)
PANDUAN
PAND U AN
AMA
T
KESELAMATAN
KESEL
AN
Pilih barangan
PEMBELIAN
PEMBELIAN yang ingin dibeli.
DALAM
D AL AM Semak maklumat
T ALIAN peniaga dan kaedah
TALIAN
pembayaran.
BATAL
(Sumber: https://www.kpdnhep.gov.my)
(Sumber: https://www.kpdnhep.gov.my)
Pilih laman sesawang
yang dipercayai.
50
BATAL

