Page 63 - bm tahun 6 1
P. 63

Tatabahasa

                                   Melintas dengan Selamatnya
                                Melintas dengan Selamatnya
           Julius dan keluarganya berkereta dari Kota Bharu, Kelantan ke Gerik, Perak semasa
           melancong ke Semenanjung Malaysia. Mereka telah melihat pemandangan
           yang menarik. Julius juga dapat membaca papan tanda yang berkaitan dengan
           keselamatan haiwan di jalan raya.
           Julius:  Ayah, hati-hati! Ada sekawan gajah di sana.
           Ayah:  Baik, Julius. Ayah pun sudah nampak papan tanda gajah melintas tadi. Ayah
                  akan memandu kereta dengan berhati-hati supaya kita dan gajah itu selamat.
           Julius:  Bukan mudah untuk kita melihat gajah liar di tepi jalan raya. Pengalaman
                  ini baharu bagi saya.
           Ibu:   Benar, Julius. Selama ini, kita hanya melihat gajah dalam televisyen.  Pada
                  hari ini, kita cukup bertuah ______ dapat melihat gajah dengan lebih
                  dekat. Namun begitu, ibu berasa takut pula ______ melihat sekawan
                  gajah ______ besar itu.
           Ayah:  Kita selamat jika berhati-hati. Ayah ada membaca rencana tentang
                  laluan khas untuk gajah melintas lebuh raya dengan selamatnya.                AWAS
                                                            AWAS GAJAH
                  Rencana itu juga menerangkan bahawa kita dilarang memasang                KAWASAN LINTASAN
                                                              MELINTAS
                                                                                              HIDUPAN LIAR
                  lampu ______ terserempak dengan gajah pada waktu malam. Selain
                  itu, tindakan membunyikan hon ______  berbuat bising juga tidak wajar.
                  Perbuatan tersebut akan menakutkan gajah.
           Julius:  Oh, begitu! Bolehkah saya rakam situasi ini ______ bercakap ______ dijadikan
                  kenangan?
           Ayah:  Untuk Julius merakam video agak sukar di sini. Bagaimanapun, cubalah Julius
                  rakamnya ______ berhati-hati.



                                      yang         sambil      dengan        serta        kalau

                                                           kerana       apabila       untuk



                                                         Munsyi Cilik
                                                      Kata hubung ialah kata yang menghubungkan dua
                                                      ayat atau lebih. Dua jenis kata hubung ialah:
                                                      1.  kata hubung gabungan
                                                      2.  kata hubung pancangan
                                                           – relatif     – komplemen    – keterangan
               Aktiviti

           Kenal pasti dan lengkapkan teks dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.

                     Nota Guru
                         •  Bimbing murid mengenal pasti kata hubung.
                   5.1.4  •  Bimbing murid melengkapkan teks dengan menggunakan kata hubung yang sesuai.
           54              Strategi PdP: Pembelajaran Konstruktivisme       KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
                           EMK: Pendidikan Keselamatan Jalan Raya
   58   59   60   61   62   63   64   65   66   67   68