Page 70 - bm tahun 6 1
P. 70

Tatabahasa


                               Bergembira dengan Waspadanya
                               Bergembira dengan Waspadanya

             Irfan dan keluarganya berkunjung ke sebuah taman tema.
             Irfan suka bermain permainan Kid’s Power Tower di situ. Demi
             keselamatan, dia mesti memakai tali pinggang keledar semasa
             bermain. Sebaik-baiknya, sarung tangan perlu dipakai juga.
                “Adik-adik, silalah beratur dan jangan tolak-menolak.
             Ingat, pernah seorang kanak-kanak hampir terjatuh ketika
             bertolak-tolakan,” pesan seorang pekerja kepada kanak-kanak
             yang sungguh teruja untuk bermain.
                “Ketika bermain, adik-adik mesti mengutamakan keselamatan.
             Ingat, malang tidak berbau. Apa-apa pun boleh berlaku jika kita
             kurang berhati-hati,” nasihat pekerja yang tinggi lampai itu.
                Irfan dan ibu terpaksa beratur panjang untuk menaiki The
             Dragon, iaitu roller-coaster. Tiba-tiba, Irfan terdengar perbualan
             seorang pekerja dengan pengunjung di situ.
                “Mengapakah kami tidak boleh bermain permainan ini?”
             tanya seorang lelaki.
                “Maaf, tuan. Anak tuan belum cukup umur untuk bermain
             permainan ini. Ketinggian anak tuan tidak mencapai tahap yang
             dibenarkan,” kata pekerja itu.
                “Isteri tuan memang tidak dibenarkan menaiki permainan
             tertentu kerana beliau sedang mengandung,” kata pekerja itu
             lagi. Pengunjung yang kelihatan kecewa itu berjalan pantas
             ke tempat lain pula.
                “Kasihan mereka,” kata Irfan kepada ibu.
                “Keselamatan lebih utama, Irfan,” balas ibu.
                Irfan mengangguk. “Ya, keselamatan sentiasa nombor satu.”


                  Munsyi Cilik
                                                                          Kata Tugas
             Kata penegas ialah kata yang memberikan penekanan
             pada bahagian tertentu dalam ayat.
             Contoh: jua, –tah, sahaja                        Kata Penegas          Kata Adverba
             Kata adverba ialah kata yang menerangkan kata nama,
             kata kerja, dan kata adjektif.                  _____________         _____________
             Contoh: lewat malam, bertiup kencang, kurang pedas   _____________    _____________
                                                             _____________         _____________
                 Aktiviti

             Kenal pasti kata penegas dan kata adverba. Kemudian, bina ayat mengikut
             konteks.
                Nota Guru
                     •  Bimbing murid memahami kata penegas dan kata adverba berdasarkan bahan.
              5.1.4  •  Bimbing murid membina ayat dengan menggunakan kata penegas dan kata adverba
                      mengikut konteks.                                                          61
                       Strategi PdP: Pembelajaran Masteri       KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
                       EMK: Nilai Murni – Berhati-hati
   65   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75