Page 71 - bm tahun 6 1
P. 71

Tatabahasa


                                        Waspada di Belantara
                                     Waspada di Belantara
           Irfan telah menghasilkan komik. Setelah siap separuh, Irfan ketandusan idea.
           Bantu Irfan menyiapkan komiknya.
           Sebermula masuklah Hang Tuah lima bersaudara ke dalam hutan dengan
           mahaguru mereka, Aria Putera.  Hatta di dalam hutan itu, Aria Putera pun
           memberikan banyak nasihat.
                                                                Bukan semua tumbuhan
                                                                di dalam hutan boleh kita makan.
                    Arakian bertuturlah dengan                  Adapun buah yang dimakan oleh
                    kata-kata yang baik di dalam                monyet itu boleh dimakan oleh
                    hutan ini. Jangan sesekali                  manusia juga. Cuba rasa buah
                    bercakap besar. Sebaliknya,                 ini. Rasanya enak.
                    hendaklah kita berhati-hati
                    dan berwaspada selalu.                                            Ya, rasanya
                                                                                      enak sekali,
                                                                                      mahaguru.







               Kalakian setelah lama berjalan,        Alkisah Hang Tuah lima bersaudara
               mereka tiba di lereng bukit yang       pun meneruskan perjalanan dengan
               berbatu. Keadaan di situ licin         mahaguru mereka. Adapun Aria Putera
               kerana malam tadi hujan.               terus memberikan beberapa panduan.
                                                      • berjalan dalam kumpulan
                          Maka adalah lebih
                          baik kita daki laluan       • berwaspada terhadap keadaan
                          ini walaupun terpaksa         di sekeliling
                          berpaut pada ranting        • pilih laluan mengikut keupayaan
                          dan akar.                     kumpulan
                                                      • membawa orang yang arif
                                 Benar, laluan ini      tentang hutan bersama-sama
                                 lebih selamat.

                                                             Munsyi Cilik
                                                         Kata pangkal ayat ialah kata yang hadir
               Aktiviti                                  di bahagian hadapan ayat yang menjadi
                                                         penanda kesinambungan ayat dalam wacana.
                                                         Contoh: maka, hatta, alkisah, sebermula, arakian,
           Sambung cerita dengan menggunakan             dan adapun.
           kata pangkal ayat dan kata pembenar           Kata pembenar ialah kata yang mengesahkan
           mengikut konteks.                             sesuatu penyataan. Contoh: ya, benar, dan betul.

                     Nota Guru
                         •  Bimbing murid mengenal pasti kata pangkal ayat dan kata pembenar.
                   5.1.4  •  Bimbing murid menyambung komik dengan menggunakan kata pangkal ayat dan
           62              kata pembenar.
                           Strategi PdP: Pembelajaran Kontekstual      KBAT: Mengaplikasi – Menggunakan
                           EMK: Bahasa
   66   67   68   69   70   71   72   73   74   75   76