Page 74 - bm tahun 6 1
P. 74

Menulis


                                      Cuaca Panas Melampau
                                        Cuaca Panas Melampau
             Irfan dan Faris berjalan pulang dari sekolah. Sambil berjalan, mereka berbual-bual.



             “Faris, marilah kita berpayung bersama-sama. Cuaca pada hari ini sangat panas
             dan amat berbahaya bagi kesihatan badan kita,” kata Irfan.
                Faris dan Irfan pun berjalan dengan menggunakan payung yang di bawa oleh
             Irfan. Dapatlah Faris dan Irfan melindongi badan mereka daripada sinaran terik
             cahaya matahari pada waktu tersebut.
                “Irfan, mengapakah cuaca panas seperti ini bahya bagi badan kita?” tanya Faris.
                “Badan kita yang terdedah kepada cuaca yang sangat panas ini boleh
             menyebabkan kita terkena strok haba Punca berlakunya strok haba ini apabila
             suhu badan meningkat kepada 41 darjah celsius atau lebih dalam masa yang
             singkat. punca lain yang menyebabkan strok haba adalah kurang minum air yang
             akan menyebabkan dihidrasi badan. Tindakkan memakai pakaian yang tebal
             dan ketat akan menghalang haba keluar semasa penyejatan atau penggeringan
             peluh,” kata Irfan.
                “Wah, bijaknya kamu. Terima kasih kerana berkongsi maklumat dengan saya.
             Bolehkah kamu ceritakan tanda-tanda seseorang mengalami strok haba kepada
             saya,” tanya Faris.
                “Boleh, Faris. Tanda-tanda awal seseorang mengalami strok haba ialah mangsa
             akan berasa sakit kepala, lemah tumpuan, pening, kekajangan otot, berasa mual,
             atau muntah?” jelas Irfan.
                Amboi, kamu bercakap seperti seorang pakar
             perubatan pula! usik Faris sambil tersenyum
             ke arah Irfan.
                Irfan hanya ketawa kecil apabila
             mendengar usikan Faris itu. Mereka
             terus berjalan menuju ke rumah
             masing-masing yang terletak
             bersebelahan sahaja.


                         (Sumber: Bahagian Pendidikan Kesihatan,
                               Kementerian Kesihatan Malaysia)

                 Aktiviti

             Edit dan murnikan teks dari aspek
             ejaan dan tanda baca.

                 Nota Guru
                     •  Bimbing murid mengenal pasti kesalahan penggunaan ejaan dan tanda baca.
              3.3.2  •  Bimbing murid mengedit dan memurnikan teks.
                       Strategi PdP: Pembelajaran Masteri    KBAT: Menganalisis – Mengesan        65
                       EMK: Nilai Murni – Pendidikan kesihatan
   69   70   71   72   73   74   75   76   77   78   79