Page 107 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 107

Kerajaan Purba

                     Petempatan terawal di Mesir Purba bermula dengan perkampungan petani pada tahun
                     5,000 SM. Perkampungan ini membentuk dua buah kerajaan. Kerajaan utara terletak
                     di hilir Sungai Nil melibatkan kawasan Lembah Sungai Nil. Suhu kawasan ini lebih
                     sejuk berbanding dengan di selatan. Kerajaan di selatan terletak di hulu Sungai Nil.
                     Kawasan ini  merupakan  kawasan  yang terbentang  luas  berhadapan  dengan  padang
                     pasir.
                        Kedua-dua kerajaan Mesir Purba telah disatukan sekitar tahun 3,100 SM oleh Raja
                     Mennes yang menawan kerajaan utara. Raja Mennes telah membuka bandar Memphis
                     yang kemudian menjadi ibu kota kerajaannya. Perkembangan kerajaan purba mencapai
                     kemuncak pada tahun 2,650 SM.


                     Kerajaan Pertengahan


                      Kerajaan kedua dikenali sebagai Kerajaan Pertengahan yang bermula sekitar tahun
                      2,100 –1,650 SM. Pada zaman ini berlaku perkembangan bidang kesusasteraan dan
                      ukiran. Kerajaan Pertengahan meluas hingga selatan Sungai Nil.
                         Kekuatan  raja  telah  membawa  kestabilan  dan  kemakmuran  ekonomi.  Ibu kota
                      kerajaan ini ialah Thebes. Pemerintahnya telah menggalakkan kegiatan perdagangan
                      menggunakan  jalan  sungai. Kerajaan  Pertengahan telah  mengadakan  hubungan
                      perdagangan dengan Nubia yang terletak di bahagian selatan Mesir.
                         Para pedagang yang melalui jalan perdagangan Mesir menghadapi ancaman
 LAUT MERAH
                      serangan penjahat. Raja Mesir bertindak menghantar tentera bagi melindungi
                      pedagang, manakala penduduk Mesir membina kubu di sepanjang Sungai Nil. Mereka
                      juga mengambil alih kuasa kota Nubia.


                     Kerajaan Baru

                                                                         Cerna Minda
                     Kerajaan Baru muncul apabila golongan
                     bangsawan memerintah Mesir.                     1.  Nyatakan  lokasi Tamadun  Mesir
                     Pemerintahnya digelar Firaun yang telah             Purba.
                     membentuk  pasukan tentera  yang kuat           2.  Apakah kelebihan Sungai Nil?
                     bagi mematahkan serangan orang luar.
                         Raja yang terkenal  semasa zaman
                     Kerajaan Baru Mesir ialah Ramses.
                     Ramses telah membina banyak                          Aktiviti: TMK
                     monumen terkenal berupa berhala.                 Layari Internet dan kumpulkan
                     Zaman kejatuhan kerajaan baharu Mesir            maklumat tentang  pemerintahan
                     bermula apabila Ramses II memerintah             kerajaan baharu dalam  Tamadun
                     dari tahun 1,279 – 1,213 SM.                     Mesir Purba secara berkumpulan.




                                                                                                        99
                                                                                                        99
   102   103   104   105   106   107   108   109   110   111   112