Page 109 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 109

Binaan bangunan Mohenjo-Daro.
                    (Sumber: Farah dan Karls, World History Human Experience, New York: Glenceo, 1999, hlm. 33)

                       Terdapat dua buah bandar terancang                Tahukah Anda?
                    terkenal yang dibina dalam tamadun ini,
                    iaitu  Mohenjo-Daro  dan  bandar  Harappa.      Perancangan bandar Harappa membuktikan
                    Pada masa ini, jurutera telah mencipta sistem   penduduknya telah mencapai tahap tamadun
                    paip  dan  pembentungan  yang  canggih.         yang tinggi. Kotanya dikelilingi oleh dinding
                    Menjelang tahun 1,750 SM, Tamadun Indus         bata yang tebal sepanjang 4.8 kilometer.
                    mula mengalami kemerosotan. Ahli sejarah        Dinding ini dibina bagi mengelakkan
                    berusaha mencari sebab kemerosotan              banjir. Di dalam kota dibina benteng bagi
                    tamadun ini.                                    melindungi keluarga diraja.
                                                                       Jalan raya dibina selebar 30 kaki.
                       Pada tahun 1970-an, ahli sejarah               Dinding memisahkan daerah perumahan
                    menemukan punca kemerosotan ini. Imej           antara satu sama lain. Rumah pula pelbagai
                    satelit menunjukkan terdapat pergerakan         saiz, ada yang dibina setinggi tiga tingkat.
                    plat bumi yang menyebabkan berlakunya
                    gempa bumi dan banjir. Selain itu,
                    serangan orang Aryan mempercepat
                    keruntuhan kerajaan Tamadun Indus.
                                                                       Aktiviti: TMK


                                                                  Layari Internet dan dengan menggunakan
                       Berdasarkan pelbagai sumber,               pelbagai sumber, kumpulkan maklumat
                       huraikan keistimewaan bandar               tentang Tamadun Indus dengan lebih
                       terancang Mohenjo-Daro.                    lanjut.



                                                                                                        101
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114