Page 111 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 111

Tamadun Huang He telah bermula kira-kira 4,000 SM.  Terdapat
                    tiga  kerajaan awal, iaitu Xia 2,205 – 1,766 SM, Shang 1,766 – 1,050 SM dan Zhou
                    1,050 – 256 SM. Perkembangan petempatan kerajaan awal ini telah melahirkan beberapa buah
                    bandar Huang He, antaranya termasuklah Anyang. Bandar ini merupakan pusat kerajaan
                    Dinasti Shang. Semasa Dinasti Zhou, tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai
                    Yangtze. Antara aktiviti utama tamadun ini selain pertanian termasuklah membuat tembikar,
                    membina kapal, menghasilkan varnis, sutera, sulaman dan ukiran.
                       Kemajuan aktiviti pertanian dalam tamadun ini telah membawa kepada penghasilan
                    ciptaan daripada kayu dan logam yang digunakan sebagai peralatan pertanian.


































                    Sungai Huang He memacu perkembangan tamadun awal manusia di China.
                    (Sumber: http://edugeography.com Dicapai pada 1 September 2016)


                      Pembentukan tamadun awal dunia yang bermula di kawasan lembangan sungai telah
                      berkembang menjadi bandar. Pertambahan jumlah penduduk menyebabkan kegiatan
                      ekonomi yang berasaskan hasil pertanian berkembang dalam bidang lain. Pembukaan
                      bandar telah mewujudkan sistem pemerintahan, sistem pentadbiran, sistem pengairan
                      dan kegiatan perdagangan. Hal ini memakmurkan dan menjadikan kehidupan manusia
                      bertambah baik.




                          Aktiviti: TMK

                     Layari Internet dan kumpulkan maklumat secara berkumpulan tentang
                     keistimewaan Sungai Huang He.


                                                                                                        103
   106   107   108   109   110   111   112   113   114   115   116