Page 37 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 37

Iklim  telah  mempengaruhi  perubahan  bentuk  fizikal  bumi  menjadi  daratan  dan  lautan.
                    Daratan terdiri daripada gunung, banjaran dan bukit, tanah pamah, lembah dan sungai.
                    Lautan pula terdiri daripada laut, selat dan teluk.
                         Lautan merupakan kawasan air masin yang meliputi 71 peratus bentuk muka bumi.
                    Terdapat lima lautan di dunia, iaitu Lautan Pasifik, Lautan Atlantik, Lautan Hindi, Lautan
                    Selatan dan Lautan Artik.
                         Selat  pula  merupakan kawasan  perairan  sempit  yang  memisahkan  dua  kawasan
                    daratan, manakala teluk merupakan bahagian perairan laut yang menghala
                    ke  daratan  dan  kawasannya  dibatasi  oleh  daratan. Ahli-ahli  sains telah  membahagikan
                    kawasan daratan kepada beberapa buah benua.


                                                                                                      U
                                                            LAUTAN ARTIK


                                                                      EROPAH
                                  AMERIKA
                                   UTARA
                                                                                     ASIA
                                                 LAUTAN
                                                 ATLANTIK
                                                                                                 LAUTAN
                                                                                                 PASIFIK
                                                                  AFRIKA                         UTARA
                                                                              LAUTAN
                                             AMERIKA
                              LAUTAN         SELATAN                          HINDI
                              PASIFIK
                              SELATAN
                                                                                                OCEANIA

                                                           LAUTAN
                                                           SELATAN


                                                                     ANTARTIKA
                    Peta menunjukkan kawasan benua dan lautan.
                    (Sumber: http://enchantedlearning.com Dicapai pada 1 September 2016)



                    Kita perlu bersyukur dengan keunikan                Cerna Minda
                    bumi dan dunia kita. Di samping itu, kita
                    harus memelihara  alam  sekitar  supaya        Nyatakan daratan dan lautan yang wujud
                    dapat dinikmati oleh generasi akan datang.     akibat daripada kecairan air batu.








                                  Sejauh manakah suhu memainkan peranan dalam pembentukan
                                  air batu yang menutupi bumi?



                                                                                                        29
   32   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42