Page 34 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 34

2.1           Dunia Kita




                  Pengenalan
                  Pengetahuan tentang sejarah bukan sahaja membolehkan kita mengenali diri kita tetapi
                  juga memahami tentang dunia. Dunia merupakan bumi tempat tinggal kita dan tempat
                  tinggal berjuta-juta hidupan yang lain. Bumi pada hari ini telah melalui pelbagai perubahan
                  yang memberikan kesan terhadap rupa bentuk fizikal, iklim, cuaca, hidupan yang ada dan
                  kedalaman lautan.




                   Kemajuan ilmu sains dan teknologi
                    telah membantu manusia untuk
                    mengetahui sejarah yang berlaku
                     kepada bumi semenjak jutaan tahun
                     dahulu. Pengetahuan dalam bidang
                     paleontologi, kimia, arkeologi,
                      geologi dan fizik membantu kita
                      membuat penyelidikan tentang
                       perubahan yang berlaku kepada



                       bumi.









                       Glosari                                  Peta menunjukkan bumi diselaputi salji di bahagian
                                                                Kutub Utara dan Kutub Selatan sekitar 17,000 tahun
                  Geologi: berasal daripada dua perkataan       dahulu.
                  Greek, iaitu geo yang bermaksud bumi          (Sumber: http://thereilientearth.com
                                                                Dicapai pada 1 September 2016)
                  dan logia yang bermaksud sains. Oleh
                  itu, geologi merujuk bidang ilmu yang
                  mengkaji pembentukan bumi.


                  Paleontologi:  bidang ilmu yang
                  mengkaji organisma yang pernah            Bison occidentalis
                                                            merupakan binatang
                  hidup di bumi, sisa atau fosil yang       yang terdapat
                  telah terawet dalam sedimen binatang,     di Amerika Utara
                  tumbuhan dan bentuk-bentuk hidupan        pada Zaman Air Batu.
                  purbakala.



                 26
   29   30   31   32   33   34   35   36   37   38   39