Page 38 - Buku Teks Digital Sejarah KSSM Tingkatan 1
P. 38

Kulit            46              100          145            168






                     2.2           Zaman Air Batu

                                                                                                viii             48              102          146            180

                  Zaman terpenting yang memberikan kesan kepada perubahan bentuk fizikal bumi seperti
                  yang ada pada hari ini ialah Zaman Air Batu. Zaman Air Batu ialah garis masa geologi
                  yang menunjukkan suhu bumi menurun. Suhu bumi menurun pada tahap membeku dalam
                  jangka masa yang lama. Sebahagian besar bumi khususnya di bahagian Kutub Utara dan                             108          147
                                                                                                13
                  Kutub Selatan diliputi oleh air batu tebal yang dikenali sebagai lapisan ais. Lapisan ais ini   65
                  menyebabkan kawasan air batu menjadi luas di kawasan kutub dan pergunungan.
                      Pada akhir Zaman Air Batu, bumi mengalami proses pengglasieran, iaitu kecairan air
                  batu. Terdapat sekurang-kurangnya tiga tahap berlakunya glasier. Tahap pertama ialah 900
                  hingga 600 juta tahun dahulu; tahap kedua, 250 hingga 80,000 juta tahun; dan tahap ketiga
                  10,000 juta tahun.                                                                                                          161
                                                                                                13 IPIM
                      Perubahan iklim dunia kepada suhu panas telah menyebabkan berakhirnya Zaman                77              128
                  Air Batu.


                                                                                           Zaman
                                                                                         Air Batu
                                                                                                                 95              130          165
                  Tahap Zaman Air Batu                                                          30
                  Zaman Air Batu terbahagi kepada empat tahap zaman, iaitu Zaman Miosen, Zaman Pliosen,
                  Zaman Pleistosen dan Zaman Holosen.


                       1                                              2                         30 YOU TUBE      98              142          167
                     Zaman  Miosen  dipercayai  berlaku            Zaman Pliosen dipercayai berlaku
                     antara  23  juta  hingga  5  juta  tahun      antara 5.3 juta hingga 2.6 juta tahun
                     dahulu.  Gunung-ganang  yang ada              dahulu.  Ahli sains menyatakan pada
                     pada hari  ini  telah  terbentuk secara       zaman inilah berlaku penyejukan
                     fizikal.  Mamalia  telah  wujud  dan          global Zaman Miosen yang lebih
                     berkembang di bumi, begitu juga               panas. Penyejukan dan pengeringan
                     dengan hidupan di laut  dan di air.           alam  sekitar global menyumbang
                     Suhu dunia panas dan kering.                  kepada  penyebaran  besar  padang
                                                                   rumput dan savana pada masa itu.
                                                                   Jambatan darat Panama antara Amerika
                                                                   Utara dan  Amerika Selatan terbentuk
                                                                   dan mendorong penghijrahan tumbuhan
                                                                   dan haiwan ke habitat baharu. Dataran
                                                                   tinggi terbentuk pada zaman ini, seperti
                                                                   di Colorado,  Amerika Syarikat yang
                                                                   dikenali sebagai Grand Canyon.






                 30
                 30
   33   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43