Page 117 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 117

Bab 4: Pembiakan a P e n y i as a ta n S a in t ifi k
                                                                        Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                                                                                 b
                                                                         e
                                                                                    p
                                                                        P Ba
                                                                          n
                                                                                      n
                                                                                     a
                                                                                     ad
                                                                          b 4: P
                                                                                 n ke
                                                                                m
                                                                                    k
                                                                                   a
                                                                                  i
                                                                                a
                                                                             na
                                                                           ge
                                                                               l
                                                                               e
                            Kitar haid yang tidak stabil boleh memberikan kesan buruk terhadap kesihatan
                       seseorang wanita. Antara kesan kitar haid yang tidak stabil terhadap wanita ialah:
                       1. Kemandulan - Kitar haid yang tidak stabil merupakan tanda awal mengalami masalah
                       sistem pembiakan. Rawatan yang lambat boleh menyebabkan masalah kesihatan yang serius
                       seperti kanser ovari, kanser serviks dan kanser uterus.
                       2. Kesukaran merancang keluarga - Kitar haid yang tidak stabil menyebabkan seseorang
                       wanita mengalami kesukaran untuk menentukan hari subur. Hal ini menyebabkan wanita
                       tersebut sukar merancang atau mencegah kehamilan.
                       3. Masalah kesihatan seperti anemia - Kitar haid yang tidak teratur boleh menyebabkan
                       haid yang berpanjangan. Hal ini menyebabkan berlaku kehilangan darah yang banyak.
                       Tubuh badan menjadi lemah dan mudah pengsan.
                                                      4.3
                       1.  Terangkan fasa-fasa dalam kitar haid.
                       2.  Pada umur berapakah seseorang wanita akan mula didatangi haid dan berapa lamakah
                          tempoh haid berlaku?
                       3.  Apakah pengovulan dan di manakah biasanya pengovulan berlaku?
                       4.  Adakah benar bahawa anda tidak boleh membasuh rambut, meminum air sejuk dan
                          memakan aiskrim atau bersukan semasa haid? Jelaskan jawapan anda.





                       4.4        Persenyawaan dan Kehamilan




                      •  Berkomunikasi mengenai proses persenyawaan dan penempelan embrio.
                      •  Mewajarkan kepentingan dan fungsi plasenta dan tali pusat.
                      •  Memerihalkan perkembangan zigot kepada embrio dan seterusnya kepada fetus dalam tempoh
                        kehamilan sehingga kelahiran.


                        eperti yang dipelajari dalam subtopik 4.1, persenyawaan bermaksud proses

                    Spercantuman nukleus sperma dengan nukleus ovum. Apakah yang berlaku
                    selepas persenyawaan?

                                      Apakah yang terjadi selepas                 Selepas persenyawaan,
                                      persenyawaan antara sperma                 seseorang perempuan akan
                                          dan ovum berlaku?                     mengalami proses kehamilan,
                                                                                 zigot mula terbentuk dan
                                                                                 membesar di dalam uterus
                                                                                    sehingga kelahiran.




                                                                                                Bab 4     107
   112   113   114   115   116   117   118   119   120   121   122