Page 118 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 118
2 Jika ovum hadir di tiub Falopio, persenyawaan
mungkin akan berlaku. Nukleus sperma akan
bercantum dengan nukleus ovum di tiub Falopio
dan membentuk zigot.
Tiub Falopio
Persenyawaan
Ovari Sperma
3 Selepas persenyawaan, zigot 1
membahagi menjadi satu bebola sel Sperma akan berenang
memasuki faraj
yang disebut sebagai embrio. Embrio ketika persetubuhan.
akan menempel di dinding uterus.
Rajah 4.17 Proses persenyawaan dan penempelan embrio
Embrio yang telah menempel pada dinding uterus akan terus berkembang
menjadi fetus yang menyerupai manusia (bayi). Proses ini dinamakan sebagai
kehamilan. Selepas kira-kira 38 minggu, fetus akan dilahirkan melalui faraj. Rajah 4.18
menunjukkan perkembangan zigot kepada embrio sehingga kelahiran.
108 Bab 4

