Page 120 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 120

Kepentingan dan Fungsi Plasenta dan
                   Tali Pusat                                                       Ujian amniosentesis
                                                                                    merupakan suatu ujian
                   Embrio akan membesar dan berkembang di dalam satu                yang dijalankan untuk
                   pundi yang dikelilingi oleh membran yang dikenal sebagai         mengesan beberapa
                   amnion. Amnion mengandungi bendalir untuk melindungi             jenis kecacatan kelahiran
                   fetus. Bagaimanakah fetus memperoleh nutrien dan oksigen         seperti sindrom Down dan
                   ketika berada di dalam uterus? Bagaimana pula fetus              pengecutan otot. Sejumlah
                                                                                    kecil cecair amnion
                   menyingkirkan bahan buangannya?                                  dikeluarkan dan diuji.


                     Plasenta
                     •  Terbentuk daripada tisu ibu dan
                       tisu embrio
                     •  Tempat pertukaran                                        Amnion
                       nutrien, oksigen, karbon                                  •  Membran yang
                       dioksida dan bahan                                          membentuk pundi dan
                       kumuh antara darah ibu                                      mengandungi bendalir
                       dan darah fetus

                     Tali pusat
                     •  Tiub yang                                                Fetus
                       menghubungkan fetus                                       •  Embrio membesar
                       dengan plasenta                                             menjadi fetus
                     •  Terdapat salur darah
                       di dalam tiub untuk
                       mengangkut darah kepada                                   Bendalir amnion
                       dan daripada fetus                                        •  Bertindak sebagai
                                                                                   kusyen untuk
                                                                                   menyerap gegaran
                     Dinding uterus                                                dan mencegah fetus
                     •  Terdiri daripada dinding berotot                           daripada kecederaan
                     •  Tempat embrio menempel dan berkembang


                             Rajah 4.19 Fungsi plasenta, tali pusat, dinding uterus, bendalir amnion dan amnion


                                                     4.4

                      1.  Jika berlaku penempelan embrio pada dinding uterus, adakah haid akan berlaku?
                      2.  Terangkan perkembangan zigot selepas persenyawaan.
                      3.  Lengkapkan carta alir di bawah yang menunjukkan urutan perkembangan zigot dalam
                        tempoh 38 minggu.
                                      Zigot

                      4.  Nyatakan fungsi amnion, plasenta dan tali pusat.



                    110  Bab 4
   115   116   117   118   119   120   121   122   123   124   125