Page 138 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 138

Percambahan Biji Benih
                   Bagaimanakah perubahan rupa bentuk biji benih yang bercambah dari segi pertumbuhan
                   radikel, plumul dan keadaan kotiledon?
                       Semasa percambahan, testa pecah dan radikel mula muncul dan tumbuh ke bawah
                   membentuk akar. Plumul pula tumbuh ke atas menjadi  pucuk. Sesetengah kotiledon
                   tumbuhan keluar dari tanah dan disebut sebagai percambahan  epigeal (Rajah 4.34).
                   Terdapat juga kotiledon yang tetap berada di dalam tanah sepanjang tempoh percambahan.
                   Percambahan jenis ini dikenal sebagai percambahan hipogeal (Rajah 4.35).





                                                                                        Daun dan batang
                                                        Plumul                          daripada plumul
                            Permukaan         Kotiledon                                 Kotiledon
                               tanah







                                  Radikel                                               Akar rambut



                                                 Rajah 4.34 Percambahan epigeal






                                                                                         Pucuk




                              Permukaan tanah
                                                  Plumul         Kotiledon



                      Plumul

                                                                                         Kotiledon
                      Radikel
                                                                                         Akar rambut



                                                Rajah 4.35 Percambahan hipogeal




                    128  Bab 4
   133   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143