Page 143 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 143

n ke
                                                                                 b
                                                                                a
                                                                                m
                                                                                    k
                                                                                    p
                                                                                  i
                                                                                   a
                                                                               l
                                                                         e
                                                                          n
                                                                        P Ba
                                                                        Bab 4: Pembiakan
                                                                             na
                                                                               e
                                                                          b 4: P
                                                                           ge
                                                                                                 n S
                                                                                                    a
                                                                                               a
                                                                                                ta
                                                                                                       ifi
                                                                                                         k
                                                                                                     in
                                                                                                       t
                                                                                             as
                                                                                      n
                                                                                       a P
                                                                                     a
                                                                                     ad
                                                                                            y
                                                                                             i
                                                                                          e
                                                                                           n
                                                                        Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                                                      4
                      1.  Imej fetus boleh dilihat melalui imej ultrabunyi.
                         Ultrabunyi dianggap selamat untuk ibu dan fetus. Rajah 1
                         menunjukkan imej fetus yang terbentuk selepas tempoh 12
                         minggu kehamilan.
                        (a)  Berdasarkan Rajah 1, fetus berada di dalam cecair.
                             Apakah nama cecair itu?                                     Rajah 1
                        (b)  Apakah fungsi cecair yang anda namakan di 1(a)?
                        (c)  Apakah organ yang menghubungkan fetus dengan uterus ibunya dan bagaimanakah
                             fetus mendapat makanan dan oksigen?
                        (d)  Apabila fetus sudah cukup sifatnya, bayi akan dilahirkan. Terangkan proses
                             kelahiran seorang bayi.
                      2.  Rajah 2 menunjukkan perubahan ketebalan uterus semasa kitar haid seorang perempuan.
                                       Ketebalan  dinding uterus
                                                5        14   18         28    5  Hari
                                                           Rajah 2
                        (a)  Berdasarkan Rajah 2, ramalkan
                               (i)  bilakah fasa haid berlaku;
                               (ii)  bilakah pengovulan berlaku kepada perempuan tersebut?
                        (b)  Jika perempuan tersebut melakukan hubungan seks pada hari ke-13 dalam kitar
                             haidnya, adakah kemungkinan perempuan tersebut akan hamil?
                      3.  Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi telah membantu pasangan suami isteri
                         untuk merancang kehamilan dan juga mengatasi masalah kemandulan.

                        (a)  Terangkan mana-mana dua cara untuk mencegah kehamilan secara sementara.
                        (b)  Penjualan kondom secara terbuka dikatakan menyumbang kepada masalah sosial dalam
                             masyarakat. Adakah anda bersetuju dengan pernyataan ini? Berikan pendapat anda.


                      4.  Suatu eksperimen telah dijalankan oleh sekumpulan penyelidik untuk mengetahui kesan
                         nikotin terhadap penghasilan sperma. Sebanyak 60 ekor tikus dibahagikan kepada tiga
                         kumpulan. Kumpulan pertama tidak diberikan nikotin, kumpulan kedua diberikan nikotin
                         dengan dos yang rendah setiap hari dan kumpulan ketiga diberikan nikotin dengan dos yang
                         tinggi setiap hari. Kajian ini dijalankan selama 30 hari. Kemudian, bilangan sperma tidak
                         normal yang dihasilkan oleh tikus-tikus tersebut dicatat. Hasil kajian adalah seperti
                        dalam Jadual 1.

                                                                                                Bab 4     133
   138   139   140   141   142   143   144   145   146   147   148