Page 142 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 142
Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
4.1 Pembiakan Seks dan Aseks
Membandingkan dan membezakan pembiakan seks dan aseks bagi haiwan dan tumbuhan.
Menaakul kepentingan pembiakan.
Mensyukuri kebolehan membiak untuk menyambung zuriat sebagai kurniaan Tuhan.
4.2 Sistem Pembiakan Manusia
Mengenal pasti struktur dan fungsi sistem pembiakan lelaki dan perempuan.
Berkomunikasi mengenai perubahan fizikal yang berlaku semasa akil baligh.
Membandingkan dan membezakan gamet jantan dengan gamet betina dalam sistem pembiakan.
4.3 Kitar Haid
Berkomunikasi mengenai kitar haid dan urutan perubahan pada dinding uterus semasa haid.
Menghubungkaitkan waktu subur kitar haid dengan proses persenyawaan.
Mewajarkan kepentingan menguruskan kebersihan diri semasa haid.
4.4 Persenyawaan dan Kehamilan
Berkomunikasi mengenai proses persenyawaan dan penempelan embrio.
Mewajarkan kepentingan dan fungsi plasenta dan tali pusat.
Memerihalkan perkembangan zigot kepada embrio dan seterusnya kepada fetus dalam tempoh
kehamilan sehingga kelahiran.
4.5 Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Fetus dan Bayi
Menghubungkaitkan kepentingan pengambilan makanan yang berkhasiat kepada kesihatan ibu dan
fetus semasa kehamilan.
Mewajarkan kepentingan mengelakkan diri daripada mengambil bahan-bahan yang boleh
memudaratkan fetus.
Mewajarkan kebaikan penyusuan susu ibu kepada perkembangan bayi berbanding susu formula.
Menyedari bahawa setiap makhluk yang bernyawa mempunyai hak untuk hidup walaupun
dalam kandungan.
4.6 Kemandulan dan Pencegahan Kehamilan
Berkomunikasi mengenai kemandulan dan cara-cara untuk mengatasinya.
Membezakan kaedah pencegahan kehamilan.
Menyedari kepentingan mengamalkan pemeriksaan kesihatan dan mendapat rawatan segera apabila
menghadapi masalah sistem pembiakan.
4.7 Pembiakan Tumbuhan
Berkomunikasi mengenai struktur dan fungsi setiap bahagian bunga.
Mewajarkan proses pendebungaan.
Memerihalkan proses persenyawaan dan menerangkan pembentukan biji benih dan buah
pada tumbuhan.
Memerihalkan proses percambahan biji benih.
Menyelesaikan masalah apabila percambahan tidak berlaku.
132 Bab 4

