Page 169 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 169

ge
                                                                             na
                                                                              irim
                                                                        Pengenalan kepada Penyiasatan Saintifik
                                                                          b 5: J
                                                                          n
                                                                         e
                                                                        P Ba
                                                                        Bab 5: Jirim  p ad a P e n y i as a ta n S a in t ifi k
                                                                                 n ke
                                                                               l
                                                                                a
                    Selepas mempelajari bab ini, anda dapat:
                    5.1  Jirim dalam Alam
                         Menyatakan bahawa hampir semua benda yang wujud dalam alam ialah jirim.
                         Membuktikan bahawa benda hidup dan benda bukan hidup mempunyai jisim dan memenuhi ruang.
                         Membezakan sifat fizikal dan sifat kimia jirim.
                         Mengelas bahan dengan pelbagai ciri.

                    5.2  Tiga Keadaan Jirim
                         Mengitlak bahawa jirim terdiri daripada zarah.
                         Membandingkan dan membezakan tiga keadaan jirim berdasarkan teori kinetik dari segi susunan dan
                        pergerakan zarah-zarah.
                         Menggunakan perhubungan ruang dan masa bagi membezakan kadar resapan dalam tiga
                        keadaan jirim.
                         Memerihalkan perubahan keadaan jirim dari segi pergerakan zarah-zarah akibat daripada penyerapan
                        dan pembebasan haba berdasarkan teori kinetik.
                         Merumuskan bahawa takat suhu tidak berubah semasa proses peleburan, pembekuan, dan pendidihan.
                         Merumuskan bahawa jisim kekal tidak berubah semasa perubahan fizikal.
                         Menjelaskan perubahan keadaan jirim dalam kehidupan harian berserta contoh.





                                                      5


                      1.  Rajah 1 menunjukkan tiga contoh jirim.













                                      Air kopi                 Batu           Udara di dalam belon

                                                            Rajah 1

                        (a)  Kenal pasti tiga keadaan jirim dalam Rajah 1.
                        (b)  Antara ketiga-tiga jirim tersebut, yang manakah mempunyai isi padu yang tetap?
                        (c)  Apakah perbezaan antara pergerakan zarah-zarah dalam batu dan udara di
                             dalam belon?

                                                                                                      159
                                                                                                Bab 5
                                                                                                Bab 5  159
   164   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174